Selasa, 29 Mei 2012

SIRI JEPUN PALING BEST - MOERO ATTACK

Assalamualaikum..

Aku yakin, barang siapa yang lahirnya seusia aku, pasti ingat drama bersiri ni.. Moero Attack. Malah aku adalah antara jutaan peminatnya dizaman itu. Dengan tak semena-mena aku memberanikan diri mengorek tabung semata-mata untuk membeli sebiji bola untuk ditampar sepuas hati dihalaman rumah!

Siri ni sangat popular dizaman itu. Masa tu ku darjah 4 (Tahun 1990). Dengan sepantas kilat aku mengayuh basikal  dari kelas KAFA hanya kerana nak tengok drama yang best ni.

Yumi Koaraki..atau dalam drama ni namanya Cun..


Aku tak tahu kenapa ia begitu top di zaman itu walaupun sah-sah penipu punya cerita..dengan lompatan summersalt 4 kali guling, mampu membuatkan bola itu terbang seperti jet pejuang. Pun begitu aku tetap ikut siri ni sampai habis. Walau apa pun juga alasannya, aku paling suka drama ni. Kalaulah ada ulangan, aku pastinya akan tengok lagi.

Yang paling best, di zaman itu juga, aku mampu menghafal lagu temanya dengan baik sekali walaupun sepatah harem aku tak faham..

Sekarang ni TV kita banyak menyiar drama mengarut meleret-leret dari negara jiran. Baik aku layan Boboi Boy..Adeus!!!

15 ulasan:

  1. betol tu..sy pon tak suka tengok cerita dr seberang tu...!tp skng ni stp stesen ada...eee mcm dh kurang crita cop malaysia..!

    BalasPadam
  2. peh, tetiba flashback balik zaman kecik2 dulu..
    psl si cun ni lah, aku ngn member2 gigih main bola tampar ptg2 hari, sampai tangan naik bengkak main tampar2 bola tu...tapi best!!!

    BalasPadam
  3. macam best je cite ni...tapi saya tak pernah tgk la...:)

    BalasPadam
  4. solehah layan kartun je.cte drama semua merapu-raban

    BalasPadam
  5. xpernah tau pon pasal cerita ni.. tapi awek jepun tu memang cun abis lah... hehehe

    BalasPadam
  6. jom kita layan Oh My English kak :)

    BalasPadam
  7. Aku pun minat citer ni.. minat kat cun... tp satu je yg aku xpuas hati sampai skang... awat depa pakat sependa ja bila main bola tu. sampai mentaliti aku yg masih kerdil masa tu pun ingat.. "ok main bola tampar kene pakai spenda jek..."

    BalasPadam
  8. Ohoii.... sama le kita. Tiap2 petang setia dgn cerita ni. Pastu pagi esok, riuh berborak dgn kawan2 kat skolah pasal cerita ni. Tapi dulu seronok kan? Semua org tgk benda yg sama je.

    BalasPadam
  9. saya sempat tengok drama ni..memang best la..ada je teknik terbang baru yg dia dapat.. terror perempuan ni..hehehe

    BalasPadam
  10. saya sempat tengok drama ni..memang best la..ada je teknik terbang baru yg dia dapat.. terror perempuan ni..hehehe

    BalasPadam
  11. assalamualaikum pen biru...sekarang ni mama2 pi pun semua suka tengok Boboi Boy..:)

    BalasPadam
  12. oh citer nih mmg layan tgk kecik2 dulu...hehe

    BalasPadam
  13. As salam PB,

    Marya pun suka gak cite ni dulu... Kenangan ni... PB tua dua thn dr Marya nampaknye...hik3...

    Rsnya yg membesar time thn 1990an mmg mempunyai sejarah yg hampir sm lah...hehehe...

    Sanggup dtg cepat kelas ngaji semata2 nak balik cepat nak tgk cite ni dulu.... Sambil berangan2 nak jd mcm cun jgk! kekekekek... Seronok kan sekali sekala imbas our childhood memories :)))

    BalasPadam
  14. hahhahha..masa ni kalau main bola tempar...masing2 nak buat aksi pukulan berputar tu..hahahhaha..aduiii pernah bukak tv kat skolah waktu petang sebab nak tengok citer ni...hahhahaha

    BalasPadam

KOMEN YANG MURNI2 AJE ...

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...