Selasa, 1 Mei 2012

MEREKA YANG DIBERI HIDAYAH

Assalamualaikum..

Sebagai penutup entri-entri aku yang berkaitan Bible, hari ini aku ingin menunjukkan beberapa fakta mengenai apa yang aku cuba sampaikan disini. Ya..entri ini adalah mengenai mereka-mereka yang telah dipilih Allah memeluk Islam. Hidayah diberikan kepada mereka. Aku ambil beberapa personaliti terkenal..antaranya

Profesor Madya Dr. Mohd Ridzuan Tee Bin Abdullah..siapa yang tidak kenal dengannya. Dari seorang yang beragama Budha dan Kristian, akhirnya memilih Islam sebagai pegangan hidup dan amalanya lebih baik dari kita. Nama asalnya Tee Chuan Seng, mula memeluk Islam ketika berusia 20 tahun pada tahun 1985.

Sesungguhnya aku malu dengan insan ini..Al-fatihahnya lagi cantik dari aku..inilah Ustaz Mohd. Farid Ravi Bin Abdullah. Mula memeluk Islam pada 20 November 1989 yang pada ketika itu beragama Kristian dan bernama Jasiah Ravi A/L Jacob.


Cats Steven atau kini dikenali sebagai Yusof Islam.Nama asalnya Steven Demetre Georgiou. Agama asalnya adalah Kristian dan memeluk Islam pada tahun 1977.


Mungkin ada yang tidak mengenali insan ini.. Beliau merupakan bekas Paderi Gereja St. Augustien of Canterbury, Germany dan juga merupakan paderi yang mencapai tahap Paderi IFS (International Forgiven of Sins). Memeluk Islam pada 1978 walaupun pada ketika itu beliau bukan calang-calang penganut Kristian Roman Katholik. Kini beliau telah mengislamkan beratus-ratus maulaf. Beliau juga adalah salah seorang yang menyediakan Holy Water. Lihatlah..walaupun berkoyan Holy Water diminumnya, namun jika dikehendaki Allah, boleh juga dia mengucap syahadah.
Nama asalnya Reverent Anthony dan kini dikenali sebagai Tuan haji Ayub Abd. Rahman.



Siapa tidak kenal dengan Mike Tyson, juara tinju dunia yang akhirnya memeluk Islam dengan menggunakan nama Malik Abdul Aziz. Mula memeluk Islam ketika di dalam penjara pada tahun 1990


Banyak lagi sebenarnya insan-insan terpilih, tapi hanya ini yang dapat aku kongsikan. Walau apa pun sebab mereka ini memilih Islam, bagaimana caranya, bila dan dimana, semuanya ada kisah dan cerita masing-masing. Semoga apa yang aku lakukan dalam 1 minggu ini, berkongsi pendapat dan ilmu akan memberi manafaat kepada semua dan diberkati Allah. Pada yang kurang senang dengan entri aku, aku tidak memaksa kalian untuk membacanya.

"Aku bersaksi tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu Persuruh Allah"...

8 ulasan:

  1. alhamdulilah mereka diberi hidayah.. kita sbg umat islam patut berbangga ngan nama islam..

    BalasPadam
  2. penutup yg sangat menarik..

    saya ada juga beberapa kawan yg di beri hidayah Allah.

    memeluk Islam.

    BalasPadam
  3. subhanallah....
    indahnya ISLAM itu kan....
    kita sepatutnya bersyukur dilahirkan sebagai seorang ISLAM :)

    BalasPadam
  4. Alhamdulilah..Allah bukakan pintu hatinya..suka tengok Ridzuan Tee Abdullah beri ceramah..bila bercerita pasal ibu..buatkan die tersentuh..

    BalasPadam
  5. alhamdulillah.. bersyukur dididik dngn agam Islam

    BalasPadam
  6. alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah....syukur..

    bertuahnya yang mdapat hdayah allah..

    BalasPadam
  7. PB : tq sbb sudi kongsi pengetahuan.. byk info yg sy belajar ni..

    BalasPadam

KOMEN YANG MURNI2 AJE ...

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...