Ahad, 25 Mac 2012

TUJUH WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

Assalamualaikum..

Sekadar perkongsian.. Wasiat, tak kira siapa pun yang membuat wasiat, orang yang menerima wasiat adalah wajib menjalankannya. Jangan dipandang enteng pada wasiat. Mungkin ada antara kita yang tak tahu tentang wasiat dari Raja-Raja Melayu..Berikut adalah wasiat tersebut..

Tujuh Wasiat Raja-Raja Melayu

  • Kami namakan dan kami panggil dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu (sekarang Malaysia)
  • Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytiharkan dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung ganang tasik dan hutan simpan, Tanah Simpanan Melayu sehingga 50 peratus,selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain
  • Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan Rejimen Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman luar negara
  • Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan Raja-Raja Melayu memerintah negara ini
  • Kami isytiharkan Islam adalah Agama Persekutuan
  • Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu
  • Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan kaum-kaum lain.

3 ulasan:

  1. terima kasih kak
    baru tau ni =)

    BalasPadam
  2. Meremang bulu roma saya... Impian saya juga, semoga Malaysia Tanah Tumpah Darahku terpelihara... Amin~

    BalasPadam

KOMEN YANG MURNI2 AJE ...

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...