Jumaat, 9 Mac 2012

TIKET BAS ONLINE

Assalamualaikum..

Aku nak kongsi dengan korang. Mungkin ada yang tak tahu mengenai perkara ini. Sebelum ini semua orang tahu tentang "tiket bas ekspress mesti beli di kaunter tiket'..betul tak? Kalau itu pendapat korang, ternyata salah sebab sekarang kita dah boleh beli online. Actually, aku dah gunakan perkhidmatan ni dari tahun 2010 lagi. Memang mudah.  Siap boleh pilih seat mana yang kita  nak..ala..macam orang booked tiket flight la jugak. Cuma korang perlu ada  kad kredit jer. Kalau tak de..pinjam kad orang, pastu bayarla kat orang tu..takkan itu pun aku nak kena ajar..haish!

Tapi, bukan semua syarikat bas yang menyediakan kemudahan ni. Yang ada hanyalah MARALINER. Untuk pengetahuan , aku tak dibayar oleh Mara untuk promot benda ni ye. Aku cuma nak kongsi kemudahan yang ada. So bagi sesiapa yang nak merancang perjalanan ke mana-mana, molek sangatlah guna kemudahan ni.


Bukan setakat booked tiket, korang boleh plan kan perjalanan korang juga sebab kat sini ada  jadual perjalanan bas, siap dengan harga tiketnye sekali. Memang mudah dan kornag tak perlu beratur panjang tiap kali nak balik kampung masa cuti perayaan. Yang penting, kena booking awal.

Apa yang korang perlu buat ialah..daftar dulu..free aje..

 Ini skrin untuk pendaftaran..skrin ni akan keluar automatik lepas korang klik Buy Ticket..kalau yang dah berdaftar, boleh terus login. Kalau tak kena daftar dulu..aku tunjukkan secara ringkas..

Masukkan User ID dan password korang..reka lah sendiri..pastu klik Cornfrim & Continue yang kat bawah tu

 Keluar form ni, korang kena isi aje..mudah sesangat..siap isi. klik Submit.

 Skrin ni akan keluar bila proses Submit tadi berjaya..pastu korang boleh terus login..

 Skrin ni akan keluar dan korang boleh pilih tarikh dan waktu perjalanan korang kat menu yang dah ada kat situ..klik2 jer..pastu klik Next

 Lepas tu jadual perjalanan dan kadar tambang akan keluar..pilihla mana korang suka pastu korang kena klik kat mana-mana perkataan yang korang pilih ,atas jadual tu

 Pastu skrin ni keluar , korang boleh pilih seat. So korang pilihla mana yang korang suka..pastu klik Next

Lepas tu akan keluar kotak biru kat bawah tu..korang kena isi nama orang yang nak naik bas tu ..pastu klik Next..

Skrin ini akan keluar. Korang pilihla nak bayar macam mana. Klik aje samada kotak Prepaid, Web Cash atau Credit Card..pastu klik Next dan korang akan diminta buat pengesahan bayaran..sampaila last sekali korang boleh print tiket online tu..Senang kan???

Bila hari perjalanan tiba, bawak tiket yang korang print tu ke kaunter untuk cornfirm balik. Itu je..ala2 macam check-in nak naik flight gitu..

Okeh..aku harap benda yang aku share ni boleh bagi manafaat kat korang yang mana nak gunakan perkhidmatan pengangkutan awam ni. Aku senang naik Maraliner. Pemandu pun aku yakin. Bawak tak laju sebab diorang tak kejar trip macam bas-bas lain. Sesape yang pernah booked tiket flight tu, cara yang ini pun sama je, dan lagi mudah la bagi orang yang dah biasa. So..itu aje untuk kali ni..Adeus!!!

23 ulasan:

  1. kalo tak silap dkna, bus nie tak ada perjalanan dari putrajaya ke kelantan..

    BalasPadam
  2. oo..dah ade ye skrang on9..senang la mcm nih.. ;)

    BalasPadam
  3. zaman makin canggih,semuanye hanya dihujung jari...

    BalasPadam
  4. by a click, you can book now? oh, mudahnya. everything is becoming easy now. :)

    BalasPadam
  5. senang le camni
    dah lama cheqna tak naik bas ni...dah hampir 2 tahun kot...=)

    BalasPadam
  6. assalamualaikum pen biru...wah bestnya kalau mcm tu senangkan....mama pun baru tahu sbb dah lama x menggunakan perkhidmatan bas ni...:)

    BalasPadam
  7. dah lama tak naik bas..sejak dah kahwin, balik kg naik keta je la...senang nak angkut semua

    BalasPadam
  8. senang je sekarang....klik2 aje...yg penting ada duit...hehee

    BalasPadam
  9. Mudah saja ye... dunia di hujung jari! Terima kasih atas info yang sangat berguna ini ye...PB.

    BalasPadam
  10. Hi Pen Biru,

    Terima kasih kerana promote servis pembelian tiket bas secara online.

    Sebetulnya banyak lagi syarikat bas yang menyediakan perkhidmatan begini dan MARA Liner adalah salah satu darinya.
    Untuk senarai syarikat bas lain sila layari www.eticketing.my

    Terima kasih dan salam hormat
    ETicketing.my Admin
    facebook.com/eticketing.my

    BalasPadam
  11. kena reg dulu yek? patutlaaaa.... haha!

    tq dear :)

    BalasPadam
  12. kalau mase nak booking tu tak de tmpt nak print, kita simpan lepastu baru print blh kan...

    BalasPadam
  13. kalau nak booking tapi kan lastnye kena print kan, klw mase tu tak de tmpt nak print, mcm mane? blh ke nak save dulu...

    BalasPadam
  14. nk tanyaaaa . kalo nk bayar prepaid tu cmner ? sy student xda kad kredit. kalo kita book je dlu seat tu pstu byr kt kaunter x ley ke ? tq tolong rply yeee

    BalasPadam
  15. nak tanya.. cmner nak byr ikut prepaid tu ?? sy student x da kad kredit. kalo kita book je seat dulu, pstu baru byr cash kt kaunter x ley ke ? tq tlong rply yeee

    BalasPadam
  16. zawiyah.skrg ada yg boleh guna maybank2u.yg lain tu xtau la sy.kna tny sgn sykt tu sdri la

    BalasPadam
  17. oh ye ke. xpe laa pe2 pn tq 4 ur respond. :)

    BalasPadam
  18. kalau kita ke kaunter tukar kpd tiket sbnar awl dr trikh prjalanan boleh ke?

    cntoh trikh prjlnan 15 septmber, tp sy ke kaunter 8hb sptmber..

    BalasPadam
  19. hi.. nk tnya..kalau kita beli tiket online, boleh ke tukar tiket sbnar di kaunter awl?

    maksudnya bkn hari prjalanan baru di tukar tiket sebenar di kaunter..

    cntoh.. trikh prjlnan 15 septmber 2013..tp sy pergi ke kaunter 8 september untuk dptkn tiket sbnr..
    tq..

    BalasPadam
  20. Saya ingin berkongsi info dengan semua pengunjung blog ini. Anda kini boleh membeli tiket bas online dengan mudah dan murah di website kami. Nikmati diskaun sehingga 40% dari syarikat bas yang terpilih.

    Sila layari malaysia bus atau tiket bas online.

    Terima kasih buat admin!

    BalasPadam
  21. haha..sebiji macam tempah tiket kapal terbang. bagi sesape yang tak mampu nak booking flight sebab harga mahal leh la try booking tiket bas ni. apa pun servis macam ni mmg memudahkan untuk merancang perjalanan takde la bile nak balik kampung je tiket dah habis...

    BalasPadam
  22. Nak guna eticketing.my? hmm.. banyak leceh. dah la kena register akaun dulu, tak tau sama ada ianya dibenarkan ke tidak sebab sekarang sudah ada akta data privasi.

    BalasPadam

KOMEN YANG MURNI2 AJE ...

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...