Ahad, 29 April 2012

BIBLE - 3

Assalamualaikum..

Jika aku nak ceritakan mengenai Bible ini, memang setahun pun tak habis. Namun aku cuba ringkaskan agar  ia menjadi 1 ilmu  yang cukup berguna. Kita boleh bandingkan, dan fikir sendiri betapa mulianya Al-Quran dan agama Islam.

Entri ini bukan nak sentuh sensiviti mana-mana individu yang bukan beragama Islam. Setiap dari kita ada kepercayaan masing-masing. Ada yang tidak faham dengan istilah "pemantapan". Harus di ingat,kes murtad (menukar agama dari Islam ke agama lain makin berleluasa). Entri ini adalah untuk mereka yang berhajat untuk menjadi murtad. Semoga Allah memberi hidayah kepada mereka. Mantapkan akidah Islam, insya Allah, akidah itu tak akan terpesong dari Islam. Pada yang tidak bersetuju dengan entri itu, itu hak anda. Aku menulis berdasarkan kefahaman aku dan aku ingin memelihara kesucian agama Islam. Pada yang bukan islam, anda boleh terus kekal dengan agama anda dan jika anda ingin memeluk Islam...Alhamdulillah. Allah telah memberi hidayah pada anda. Jika ada yang tidak bersetuju dengan pendapat aku, terpulanglah. AKu bercakap berdasarkan fakta.

Pada yang memang Islam, anda mantapkan akidah anda jangan sampai menukar agama hanya kerana sebab ingin lari dari tanggungjawab sebagai seorang muslim dan bukan kerana anda ingin jadi seorang non-muslim yang warak dan mendalami apalagi menghafal Bible. Harap penjelasan ini amat jelas sekali. Jangan ada yang salah faham. Aku ingin menjaga agama ku!
Catatan yang lepas, aku ceritakan mengenai Perjanjian Lama. Hari ni aku nak ceritakan mengenai Perjanjian Baru . Jika ada yang terlupa, aku ingatkan . Dalam Bible ada 2 bahagian, iaitu Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru. Setiap perjanjian mengandungi himpunan buku-buku yang ditulis oleh pelbagai manusia yang tak tahu siapa dan kandungannya berubah-ubah mengikut masa dan kesesuaian.

Agama Kristian juga ada banyak mazhab, berpuluh-puluh mazhab yang berada di merata-rata dunia. Antara yang terkenal adalah Proteston ,Katholik dan Methodist.

Perjanjian Baru atau New Testament mengandungi 27 buku, iaitu
  1. Matius
  2. Markus
  3. Lukas
  4. Yohanes
  5. Kisah Para Rasul
  6. Roma
  7. 1Korintus
  8. 2Korintus
  9. Galatia
  10. Efesus
  11. Filipi
  12. Kolose
  13. 1Tesalonika
  14. 2Tesalonika
  15. 1Timotius
  16. 2Timotius
  17. Titus
  18. Filemon
  19. Ibrani
  20. Yakobus
  21. 1 Petrus
  22. 2 Petrus
  23. 1 Yohanes
  24. 2 Yohanes
  25. 3 Yohanes
  26. Yudas
  27. Wahyu
Buku-buku ini adalah selepas kelahiran Jesus yang dikatakan ditulis oleh pengikut-pengikut Jesus yang tidak diketahui siapa. 4 buku pertama dianggap sebagai Injil atau Gospel iaitu Injil Matius, Injil Markus, Injil Lukas dan Injil Yohanes.

Injil ialah himpunan kisah kehidupan jesus dari kelahiran hinggalah kisah kematiannya di kayu salib. Kisah mukjizat, dakwah dan rintangan Jesus ada dimuatkan didalam injil.

Buku Kisah Para Rasul ditulis oleh murid-murid Jesus. Selepas dari buku ini, semua buku-buku seterusnya dikenali sebagai Surat. Surat-surat itu ditulis oleh pengikut Jesus.

13 Surat pertama iaitu Roma hingga Filemon ditulis oleh St.Paul dan bakinya ditulis oleh pengikut-pengikut lain.

Siapakah St.Paul? Apa yang dia telah lakukan pada Bible dan apakah yang berlaku seterusnya?..esok ada sambungannya..

5 ulasan:

  1. tetap hati dengan agama Islam...mintak dijauhkan dari perkara macam nie..

    BalasPadam
  2. byk penganut kristian dh berhijrah ke Islam skrg, setelah mereka membandingkan Injil n al-Quran. semuga kita semua menemui pencipta kita nnt dgn berimankn Al-Quran dn diredhai oleh Allah (swt

    BalasPadam
  3. Ajaran Islam adalah menyeluruh mencakupi kesemua bidang kehidupan.

    BalasPadam
  4. moga islam terus menyinar..

    BalasPadam
  5. menarik...betul tu...jangan lupa dan lari dari tanggungjawab

    BalasPadam

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...