Selasa, 3 April 2012

MEROKOK ADALAH HARAM..SHISHA ???

Assalamualaikum..

Dah lama aku nak bangkitkan isu ni. Kita sedia maklum, merokok telah difatwakan sebagai HARAM ..tengok di sini -->FATWA ROKOK.

Bagaimana pula dengan Shisha? Aku terus terang cakap, aku memang anti betul dengan benda alah ni. Kalau aku langkah masuk dalam restoran, tiba-tiba ada terbau atau tertengok orang hisap Shisha..aku akan kensel oder dan berambus dari situ.. Aku pernah termun..buwek masa tengah makan di sebuah warung tepi jalan di Tanah Merah Jitra sebab terbau Shisha.


*dari google

Memang ada yang suka dengan bau shisha..ada yang kata wangi la apa la..ye lah , dah ada macam-macam perasa macam aiskrim.

Untuk info korang, sekali sedutan shisha bersamaan 400batang rokok? Tapi kenapa shisha belum diharamkan lagi di Malaysia. Aku dah survey semua laman mufti dan fatwa, tapi belum ada lagi.

Kalau korang sampai ke Jitra Kedah, di satu kawasan Tanah Merah namanya,  berlungguk-lungguk penjual shisha di situ. Benci betul la aku tengok, sebab aku nak lepak makan char kueteow pun tak boleh..

Apa yang ada dalam shisha? Tembakau, nikotin, tar, karbon monoksida, karsinogen, arsenik, kromium dan plumbum..

Bilakah agaknya benda tak berguna ini akan di haramkan..sedih tengok anak-anak remaja terlalok-lalok menyedut puncung paip shisha dengan penuh kebanggaan..banyaknya adalah anak melayu..sedih

*tengah isap straw cendol yang besar marker pen

8 ulasan:

  1. assalam PB..acik sebenarnya belum pernah tengok orang hisap sisha ni depan..biasa tengok dalam gambar je

    BalasPadam
  2. ala..bdk2 pompuan pon dh rmai yg jdkan shisha ni amalan, nak plak bl lepak kt kdai mamak..

    BalasPadam
  3. apatah lagi kalau budak2 pompuan yang duk isap shisha ni...menyampah cheqna tgk

    BalasPadam
  4. dah ramai kan skrang hisap shisha...dah blualuasa dah skrang nih..moga2 pasni diberi amaran ketat thadap shisha nih..

    BalasPadam
  5. shisha lebih bahaya daripada merokok...masa belajar di maktab pernah hisap tapi bila dengar kenyataan di tv3...berhenti terus

    BalasPadam
  6. ye la, melayu jer yg suka sedut benda alah ni..huhuhu

    BalasPadam
  7. kire shisha macam rokok gak ar..kire haram kan..asben cakap shisha lagi bahaya dari rokok sebab shisha tak ade filter...ape2 pon tak kisah ar shisha ker rokok..2-2 pon tak elok..

    BalasPadam
  8. benci giler tgok org hisap shisha nih..macam isap dadah pun ada tgok..nampak laloq kemain jer diorang..

    BalasPadam

KOMEN YANG MURNI2 AJE ...

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...