Khamis, 19 April 2012

PREVE 1!!!

Assalamualaikum..

Semua orang cerita bab ni..Sana sini Preve.. Dan aku pun menyibuk sama untuk bercerita. Rasanya Preve lagi glamour dari Inspira..Kenapa??  Sebab Inspira mahal dowh! Dah tu pulak, rupanya hampir sama dengan kereta keluaran Mitsubishi.

Ada ke antara korang yang terminat nak beli? Sebelum beli, baiklah kiranya korang tengok betul-betul. Aku nak bagi tips sikitlah. Apa yang aku tahu.

Biasanya kita hanya dengar apa salesman cakap. So eloklah rasanya kita terus ke web Proton Edar dahulu. Baca dan bandingkan antara speseifikasi setiap kereta.

Sedikit info yang aku nak kongsi dengan korang ye..Kita dimaklumkan bahawa harga jualan Preve ialah RM59,540.00.Untuk info, Preve keluar dalam 2 variant. iaitu variant Executive dan Premium..

Untuk variant  Executive harganya RM59,540 untuk cat Solid dan RM59,990 untuk cat Metalik. Ianya bertransmisi Manual. Bagi Executive yang bertransmisi CVR atau auto harganya RM62,540 untuk cat Solid dan RM62,990 untuk cat Metalik.

Untuk variant Premium, hanya ada transmisi CVR atau auto jer. Dijual dengan harga RM72,990 untuk cat Metalik dan RM72,540 untuk cat solid.

Sebelum beli, bandingkan dulu apa kelebihan dan kekurangan setiap versi. Ini aku ambil dari web Proton Edar..



Berikut adalah beberapa perbezaan anatara variant Eksecutive Transmisi Manual dan CVR..


sila klik untuk besarkan..jgn right klik sudah la ye..kang tak pasal2 kena warning!


Perbezaan variant Executive dan Premium adalah lebih dari RM10,000..kenapa ya? Sebab variant Premium ada kelebihan seperti dibawah ini..

Ada side air-bag..untuk mempertahankan diri..

 Untuk menjimatkan minyak..

Untuk extra kelajuan..ye ker??

untuk start hanya dengan tekan punat!
dan ada beberapa kelebihan lain seeperti auto cruise, auto wipers, paddle shifters dan banyak lagi yang pastinya memuaskan hati..siap ada tinted untuk semua cermin!
So itu info serba sedikit. Yang penting sila pastikan pendapatan bulanan anda tidak nazak hanya kerana nak bergaya dengan kereta baru..dalam erti kata lain , kereta mahal dari rumah..tapi untuk Preve ni, pada aku harganya adalah memang mampu milik..

So, korang jangan main beli je..kang nyesal itu takde...ini takde..yang penting masa nak beli korang kena kautim dengan salesman, minta kat dia tinted ke..apa ke..benda tu boleh minta free. Kita jer yang tak tau. Ok..selamat membeli kereta dan selamat berhutang lagi..Adeus!!!

8 ulasan:

  1. harap kualiti proton lepas nih improve lah kan...harap preve sebagai bukti mereka dah improve...:)

    BalasPadam
  2. Cantik pun caqntik kan design Preve ni. Cuma namanya kenapa nak guna bahasa lain. Bahasa spanish kan? So, pen biru pilih yg mana?

    BalasPadam
  3. hehe sy tak berapa minat ambil tahu pasal kereta,tak tahu kenapa..bg sy klu kereta tu asal ada je,bley bawak jalan jauh dh ok. sy sgt naif.hehe..

    BalasPadam
  4. assalamualaikum pen biru...cantik bentuknya boleh la order satu kan...:)

    BalasPadam
  5. assalam PB..
    sapa yg x nak kete baru kan..kena lak harganya yg mampu milik..tp sy teringin nak pakai viva je..x lps lg ni..huhu

    BalasPadam
  6. tak mampu nak beli kete mahal la akak..huhuuu... :)

    BalasPadam
  7. preve cantik..tapi tak mampu gak nak beli..hehe..

    BalasPadam
  8. Proton adalah jenama yang baik, dan Proton X50 adalah kereta kegemaran saya, dan mengalu-alukan semua anda untuk membelinya.

    BalasPadam

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...