Rabu, 18 April 2012

INILAH AKU

Assalamualaikum..

Ada yang kata aku duit banyak
Aku jawab, aku buat macam-macam kerja

Ada yang tanya, macam mana aku buat kerja yang macam-macam tu
Aku jawab, aku buat semua dalam 1 masa setakat terdaya

Ada yang tanya, tak letih ke aku buat semua tu
Aku jawab, letih tak apa asalkan ada hasil

Ada yang tanya, banyakke hasil yang aku dapat
Aku jawab, banyak atau tidak adalah seperti apa yang ada pada aku sekarang

Ada yang tanya, kenapa aku buat macam-macam kerja
Aku jawab, sebab aku nak cari duit lebih

Ada yang tanya, tak cukup lagi ke gaji bulanan sampai nak cari duit lebih
Aku jawab, cukup atau tidak, aku nak hidup aku lebih sempurna

Ada yang tanya, hidup aku ni tak sempurna ke lagi
Aku jawab, belum sempurna kerana aku masih serba kekurangan

Ada yang tanya, kenapa aku kata aku serba kekurangan
Aku jawab, sebab aku tak punya apa-apa, aku tak mewarisi harta walau tanah sekangkang kera

Ada yang tanya, takkanlah orang tua aku tak wariskan apa-apa
Aku jawab, kalaupun mereka berharta aku bukanlah spesis pokok orkid yang nampak cantik dan mewah walau pada hakikatnya hidup hanya bergantung dan berpaut pada pokok lain..mati pokok itu, maka mati lah ia..

Dalam kata lain, aku bukanlah anak yang hanya tau hidup selesa dengan harta orang tua, bergaya dengan duit orang tua, bermewah dengan hasil kederat orang tua,semuanya mengharapkan orang tua

Pendek kata..aku perlu bekerja keras sebab aku sedar aku bukan anak orang kaya!


7 ulasan:

  1. ala..dh wat bisnes mcm2, nnt kaya la tu.. ok PB, betol tu, sokong awk.. kita kena usaha br ada hasil kan...

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum Pen Biru,
    teruskan berusaha.... bumi Allah ini luas, carilah apa-apa yang kita ingini, semuanya ada asalkan mahu berusaha.

    BalasPadam
  3. semoga dipermudahkan ye pen biru..

    BalasPadam
  4. assalamualaikum pen biru...kesedaran yg bagus n moga d'permudahkan...:)

    BalasPadam
  5. saya hari ni baru mula berblog,buleh tunjuk ajar

    BalasPadam

KOMEN YANG MURNI2 AJE ...

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...