Jumaat, 27 April 2012

AKU BELAJAR BIBLE

Assalamualaikum..

Sebenarnya dah lama aku nak syer dengan korang. Tapi takut takde orang yang sudi baca..makumlah perkara ilmu ni memnag berat sikit otak kita nak terima berbanding hiburan...Beratnya tajuk aku..Ye ke aku belajar Bible?? Buat pertama kalinya aku memegang Bible, membuka dan membacanya. Semua ini berlaku semalam semasa mengikuti Kursus Pemantapan Akidah. Pada aku kursus ni memang bagus dan membuka mata dan minda.

Selama ini kita di ajar tentang Al-Quran. Dan kita sudah sedia maklum, berapa ramai penganut Kristian yang terus memeluk islam setelah mereka membaca A-Quran(tafsiran). Tapi aku hairan kenapa ada antara kita yang asalnya Islam tiba-tiba boleh tukar agama(murtad) ke agama Kristian. sedangkan di dalam Bible sendiri sudah ada yang tidak betul dan menyimpang jauh. Nanti aku kupaskan satu persatu..


Bible di tulis dalam pelbagai bahasa (tiada bahasa asal.Bahasa asalnya adalah Bahasa Hebrew dan jika penganut Kristian nak belajar bible, mereka akan belajar Bible dalam bahasa mereka sendiri. Tidak seperti Al-Quran. Dimana pun kita, siapa pun kita, kita hanya belajar Al-Quran yang 1..berbahasa Arab dan kita semua baca perkara yang sama dalam bahasa yang sama. Itu Uniknya kitab suci kita.

Aku nak berkongsi ilmu dengan korang. Dan mungkin ada antara korang yang tak minat nak baca. Terpulang. Aku rasa ini cara aku berdakwah. Moga Allah mempermudahkan sedikit sumbangan aku ini..

Berbalik pada tajuk asal. Ya..aku belajar macam mana nak baca Bible. Bible yang aku baca ni adalah terbitan 2008 yang diterbitkan di Indonesia yang dinamakan Al-Kitab. Bible yang aku baca tu adalah Bible Proteston. Mungkin ramai yang tak tahu dan memang ramai yang tak tahu (aku pun baru tahu !)..apa yang terkandung dalam Bible..

Aku ceritakan secara ringkas..
Bible diambil dari perkataan "Biblos" dalam bahasa Greek yang bermaksud himpunan atau kumpulan buku-buku. Pada zaman dahulu terdapat banyak buku yang ditulis ramai penulis, lalu buku-buku ini diterima sebagai buku-buku suci bagi penganut Kristian dan dikumpulkan dalam sebuah buku yang akhirnya dikenali sebagai "Holy Bible".

Dalam Bible ni, ada 2 bahagian...iaitu Bahagian Perjanjian Lama (Old Testament) dan Perjanjian Baru (New Testament). Seperti yang aku katakan tadi, Bible ini ditulis oleh ramai orang dan ada sesetengahnya tidak diketahui dan sebahagian dari Bible adalah tidak dapat dipastikan (inilah bezanya dengan Al-Quran..kitab suci kita hanya ditulis dan kumpulkan oleh seorang sahaja Sahabat Rasullulah-Saidina Uthman, -Al-Quran yang kita baca sekarang adalah Resm Uthmani)

Bayangkanlah..bila dah ditulis oleh entah sapa-sapa..bolehkah kita percaya apa yang ditulis itu adalah betul? Dan kenapa ada orang yang murtad sedangkan asas itu sudah tidak betul.

Perjanjian Lama: Ada 39 buku (Bible yang aku baca ni Bible Proteston)
Ada 5 buku pertama iaitu
  1. Kejadian  : penciptaan alam..baca DiSINI. Dalam bab ini ada disebut hukum wajib Berkhatan, dan Jesus juga berkhatan baca DiSINI tapi ianya telah dibatalkan oleh St.Paul dalam Perjanjian Baru , buku Galatia..baca DiSINI
  2. Keluaran :
  3. Imamat,
  4. Bilangan ,
  5. Ulangan. 

Dikatakan dan orang Kristian percaya bahawa 5 buku ini ditulis oleh Nabi Musa dan kelima-lima buku inilah yang dinamakan "Taurat" atau "Book of Law". Apa yang menarik di sini, bagaimana orang Kristian percaya bahawa kelima-lima buku ini ditulis oleh Nabi Musa sedangkan  dalam buku Ulangan, Bab 34 ada tertulis cerita mengenai kewafatan Nabi Musa..bagaimana Nabi Musa mampu menceritakan saat kematiannya sendiri didalam buku itu? Hairan kan?


bersambung... 

11 ulasan:

  1. assalamualaikum.

    betul, ye mmg berat utk org membaca dan mencari ilmu,mereka lebih suka hiburan berbanding ilmu.

    Quran semmgnya mahu umat Islam memiliki minda yg saitifik,kuat berfikir,kritikal,mampu menganalisiis data dan fakta,mampu membuat andaian, selepas tu konklusi apa yg di cerap seterusnya menolak sebarang laporan atau pandangan yg tidak berlandaskan bukti dan dalil.

    "Janganlaj kamu mengikut apa yg kamu tidak mempunyai pengetahuan mengenainya.'(al-Israk;36)

    dan kembalilah ke pangkal jalan ke pd sesiapa yg murtad.

    BalasPadam
  2. ilmu bila x diselongkar x dapat isi nya kan...=)

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum pen Biru,
    Kak Amie dah baca Bible pemberian anak murid tahun 2007 dulu, memang tidak salah kita belajar isinya dan bukan bertujuan untuk menukar fahaman tetapi untuk memantapkan aqidah kita terhadap agama Islam.

    BalasPadam
  4. Menarik topik ni. Harap2 sambungannya tidak dipublish sampai rabu depan sebab saya balik kg. Nnt terlepas plak. Heheh.

    Bagi saya, org Islam elok la baca Bible utk mantapkan aqidah. Baru la boleh bezakan kebenaran betul tak?

    BalasPadam
  5. terjumpa site ni sbb nak tgk info agen topup tp bila terbaca topic di atas..stop jap. bible protestant.. sy sndri x pnah baca. sy ialah kristian katolik. kristian byk mazhab jugak. bgs lah awak baca utk info n...pemantapan? wat masa ni sy x pasti nak komen apa tp hrp awak sensitif lah psl ni.byk yg sy kurang stuju tp itu pndapat awk.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tepulanglah pd awak..memang pelik kristian byk mazhab tapi Bible pun ikut Mazhab..tak sama macam Islam..ada 4 mazhab..tapi kitab suci hanya ada 1, Al-Quran.isinya tetap sama hanya dalam bahasa Arab tak kira apa jgk mazhab.Moga Allah berikan hidayah pada awk dan menerima Islam suatu hari nanti..amin...

      Padam
  6. ahah...lagi satu kte share2 komen je. sy x nk jd lain pulak. its good to know nonkristian baca bible. hope u study bible katolik plak pas ni..tgk beza
    dia. ok thx

    BalasPadam
  7. ahah...lagi satu kte share2 komen je. sy x nk jd lain pulak. its good to know nonkristian baca bible. hope u study bible katolik plak pas ni..tgk beza
    dia. ok thx

    BalasPadam
  8. menarik betul berkenaan bible nie..sy tak pernah baca jadi berharap sgt pb dpt share apa yg pb baca.sy tggu smbungannya..:)

    BalasPadam
  9. PB : sy dh baca dr atas smp bawah pasal bible ni.. mmg byk jugak yg sy xtaw pasal bible ni..apepon info yg awk bg ni bagus.. klu bleh, kongsikan sekali cerita2 masa awk g kursus tu... :)

    BalasPadam

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...