Jumaat, 30 November 2018

NASI DAGANG MERANTAU

Assalamualaikum.

Resepi kali ni panjang sikit. Sebab kali ni aku masak set nasi dan lauk. Dalam hidup aku, pertama kali aku makan Nasi Dagang masa darjah 6, tahun 1992 itupun sebab ikut rombongan sekolah ke Terengganu. Mula dari saat itu aku dah jatuh cinta dengan Nasi Dagang.

Nasi Dagang paling sedap aku penah makan masa nak pergi Pulau Perhentian tahun 2013, makan kat Jeti Besut.. sedapnya Ya Allah.. silap aku tak tapau bawak pergi pulau.. teringat-ingat kesedapan tu. Hari balik pulak, kedai tu dah tutup..kempunan aku.

Makanya, aku belajarlah buat sendiri. Jadi tu jadi tapi tak adalah sesedap air tangan orang Ganu. 

Jom kita start..

NASI DAGANG 

Bahan-Bahan;

4 cawan beras Nasi Dagang (aku beli yang dah siap campur)
3 cawan santan cair + sedikit gula dan garam
2 cawan santan pekat + sedikit garam
1 sudu halba
3 ulas bawang merah- mayang
1inci halia -mayang 

Cara cara :

1. Rendam beras 1 jam,kemudia tos dan masukkan dalam periuk kukus. Kukus 20minit.
2. Angkat dan kaut semua nasi ke dalam bekas dan gaulkan dengan santan cair. Rehatkan sejejab dan ulang gaul dengan baki santan cair.
3. Kukus lagi selama 20-30minit.(rasa beras keras atau lembut,kalau keras, kukus lama sikit)
4. Masukkan bawang, halia dan halba, kacau rata-rata.
5. Angkat nasi ke dalam bekas,dan gaul dengan santan pekat,sedikit demi sedikit hingga selesai. 

GULAI IKAN TONGKOL/AYA

Rebus ikan yang dah dipototong dengan asam keping dan garam. Lagi bagus rebus sampai air hampir kering.

Bahan-bahan;

1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
1 genggam cili kering
2 halia
3 inci lengkuas
***blend sekali jalan

1 sudu serbuk ketumbar
1/2 sudu serbuk jintan manis
1/2 sudu serbuk jintan putih
1 pek rempah kari ikan (kat Kedah mana nak cari rempah Ros ganu wehh.. pakai je apa yang ada)
1 1/2 liter santan
1 batang kulit kayu manis
1 sudu kerisik
4 keping asam keping
1/2 buku kecil gula melaka.
10-15 biji cili padi
3-4 helai daun limau purut
Garam gula secukup rasa

Cara-cara :

1. Panaskan minyak, masukkan semua bahan-bahan blend, kulit kayu manis dan serbuk kari. 2. Masukkan santan,kerisik, asam keping, dan gula melaka
3. Masukkan ikan dan biar beberapa minit. 
4. Masukkan cili padi,daun limau purut dan garam...perasakan kuah secukup rasa
5. Masak sebentar sampai kuah agak pekat.Siap

ACAR TIMUN

Timun
Karrot
2 biji Cili Merah 
2 ulas Bawang
***dihiris memanjang

1 sudu gula
1 sudu garam
1 sudu cuka.

Cara-cara;
Gaul je semua sekali.Siap. 

Jadilah kan? ..orang Kedah buat Nasi Dagang Ganu..cara orang tak reti..lepas la kempunan..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...