Sabtu, 10 November 2018

MENJEJAK JACKIE CHAN - HONG KONG PART 10

Assalamualaikum.

Nah..part 10. tak habis-habis lagi cerita. Kami berpatah balik ikut jalan yang sama ..jalan terus je. tengok map di bawah.


Tup-tup..dah sampai Hong Kong Science Museum dan di sebelahnya bangunan Hong Kong Museum of History. Kedua-duanya berdekatan. Dan kami sampai right timing sebab baru dibuka
Dari tepi









Kami memilih untuk masuk ke Museum of History.. Kelakarnya disini, penggunaan monopod tak dibenarkan. Makanya, tak adalah gambar selfie full nak bagi nampak belakang! Yang bestnya, masuk free aje . Kami kat sini dalam 2 jam macam tu. Banyak gambar sebenarnya.. malas nak upload .


Keluar dari museum, kami tak masuk museum sains tu sebab tiba-tiba rasa tak minat. Kami berhenti rehat di 1 park. Ni pun tak termasuk dalam itenary. Nama park ni Urban Council Centenary Garden.

2 gambar kat atas ni aku google aje. Tak tau sape punya
Credit : Thanks to owner

Ini aje gambar yang ada dalam phone..tu pun sebelah tu ada muka aku..crop ajelah

Cari-punya cari..Ya Rabbi..aku tak ada pun ambil gambar kat situ, sedangkan kat situ memang best aje berangin duduk santai-santai. Ini aku terpaksa google cari gambar nak tunjuk kat korang tempat kami lepak tu.

Dan kemudian meneruskan perjalanan untuk mencari tempat makan. Misi kami nak cari Ma's Restaurant.

Esok kita sambung

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KOMEN YANG MURNI2 AJE ...

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...