Sabtu, 3 November 2018

MENJEJAK JACKIE CHAN - HONG KONG PART 3

Assalamualaikum.

28 Oktober 2016
Hari ke-2

Selesai sarapan megi campur serunding..kami menapak ikut map..dan kami akan ke Macau.

Menuju ke China Ferry Terminal (yang bertanda merah)


Kawasan yang kami lalu ni adalah deretan kedai-kedai barang berjenama macam Burbery, Giorgio Armani , Dolce & Gabana.. tapi masa ni kedai tu semua tak buka lagi. Baru pukul 7pagi.



Harini kami akan ke Macau dahulu. Untuk ke Macau, ferinya kena naik di China Ferry Terminal. Rasanya kami berjalan dalam 40minit ..masa terbuang sebab silap masuk lorong..cari pintu terminal tak jumpa...kartun betul.

Pintu masuk sebelah kiri dari signboard bawah flyover ni

Masuk ikut pintu ni.. bangunan China Hong Kong City, naik eskalator dalam gambar ni.


Beli tiket disini

Pintu masuk ke Depature..kat dalam ada Kastam..tak boleh snap gambar


Rupa-rupanya pintu masuk ke terminal feri tu ada dalam shopping complex..adeh..

Kami naik ferry nama Turbojet. Harga tiket pergi dan balik HKD164. Untuk ke Macau melalui Hong Kong tak perlu visa. Jalan je ke pintu masuk, dia tengok Passport dan bagi Arrival Card macam Visa la konon.. Naik feri ni macam nak ke Langkawi je.Sejam perjalanan..sampai di Macau.
Simpan baik-baik kad ni


Jarak antara China Ferry Terminal dengan Macau

Ikut plan, kami nak gamble aje kat Macau ni. Tapi Macau tak ada subway atau train macam Hong Kong. Akhirnya kata putus di ambil, kami gunakan khidmat supir  kat sana. Esok aku cerita pasal Macau. Harini belanja dulu gambar-gambar perjalanan ke sana.

ok..

Adeus!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KOMEN YANG MURNI2 AJE ...

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...