Rabu, 7 November 2018

MENJEJAK JACKIE CHAN - HONG KONG PART 7

Assalamualaikum

Sengaja aku publish sikit-sikit berpart-part sebab nak bagi korang yang baca, faham dan boleh confident kalau nak pergi macam aku. Victoria Peak ni tinggi 552meter. Boleh nampak sampai ke seberang pulau Hong Kong.
Kami yang terawal. Tram pertama pukul 8pagi

1st tram dah sampai



Mencanak naik dicelah bangunan pencakar langit


Ni semua gambar dari dalam tram

Sunyi..Antara yang terawal sampai. kedai-kedai pun tak buka lagi..





Kaunter tiket untuk naik ke  Terrace 428.. aku jalan terus je sebab tiket dah ada.

Eskelator untuk naik ke Terrace 428

Sebenarnya aku gayat nak naik eskelator ni..tinggi bapak
Best sebab sejuk berkabus. Dan kami juga yang terawal naik atas Sky Terrace 428 untuk skodeng. Ada staf yang tunggu di eskelator yang tinggi terpacak untuk naik keatas. 

Jangan lupa ambik benda alah ni. Bukan apa, dalam ni cuma ada cerita apa yang ada kat situ, view apa boleh tengok.




Aku belanja korang tengok view secara live 

Sementara nak tunggu Madame Tussauds buka, kami lepak-lepak kat atas.  Madame Tussauds buka pukul 10pagi. Kami tunggu pintu buka..dia buka aje terus kami masuk. So still jadi orang pertama yang masuk. 


Puas aku skodeng..tak nampak mana rumah Jackie Chan..nampak gayanya macam tak jumpa jejak dia je nih..(kata orang, kalau tak dapat tengok tuan, dapat tengok bumbung rumah pun oklah..ini bumbung rumah pun aku tak nampak) Seterusnya kami turun kebawah dan standby tunggu Madame Tussauds buka..tunggu dalam 10minit macam tu



Buka pukul 10 ok..kami dah standby nak serang!.. Bestnya jadi yang 1st masuk.


Serang!!!!!!!!!!!!!!
Best bila jadi yang terawal. boleh possing dan buat macam-macam perangai tak de sapa nak tengok dan tak berebut dengan orang lain kalau nak bergambar . Jom tengok apa yang kami jumpa.


Mula-mula..jumpa makcik Madame Tussauds dulu..

Tetiba..ehhh terjumpa chenta hati beda, abang lanun Jack Sparrow pulak

Jumpa pulak ahso ipoh mali ni..layan dia kungfu pulak

Last-last..yeayyyyyy!!! At last...Dah jumpa Jackie Chan.. sempatla jugak berlatih kungfu dengan dia

Banyak sebenarnya gambar dalam Madame Tassauds ni, tapi semuanya ada muka aku. Malas pulak aku nak share kat sini. 

Hard Rock Boutique

Selesai berpossing, kami shopping FM kat kedai-kedai disitu. Aku beli t-shirt Hard Rock sebagai kenangan.

Inilah bangunan yang aku masuk tadi..sky terrace yang kat atas tu la



Turun dari bangunan Sky Terrace tu, aku melepak kat luar. Punyalah ramai manusia tunggu turn nak naik tram untuk turun. Dekat pukul 3lebih (hampir 1 jam tunggu) baru dapat turun. Dan misi seterusnya nak cari Masjid Ammar.

Beratur pun lebih panjang dari gerabak tram


Esok kita sambung..ada kisah syahdu pasal ni..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KOMEN YANG MURNI2 AJE ...

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...