Ahad, 4 November 2018

MENJEJAK JACKIE CHAN - HONG KONG PART 4

Assalamualaikum.

Tiba di Macau lebih kurang pukul 10 pagi.
Outer Harbour Ferry Terminal

Untuk memudahkan perjalanan di Macau, kami ambik khidmat supir.  Banyak supir-supir menunggu di jeti Macau tu. Pilihla mana-mana pun. Yang aku ambik ni, boleh cakap Indon sikit-sikit. Aku pakai supir sebab aku takut tak sempat cover kalau pergi sendiri..pulaknya di Macau memang plan nak balik hari.  Dengan bayaran MOP700 termasuk tiket Macau Tower, pada aku oklah kot sebab harga untuk 2 orang. . Bayar pakai  Macau Pitaca yang aku tukar di Malaysia, bukan pakai Hong Kong Dolar. Lebih kurang pukul 10 sampai.

Tempat pertama kami pergi, Macau Fisherman's Wharf.

Macau ni macam Melaka..pengaruh Portugis sangat kuat. Bangunan dan tempat-tempat bersejarah, nama tempat, nama jalan semuanya nama Bahasa Portugis. Sama macam duduk kat A Famosa Melaka.

Harini aku belanja gambar di Macau.



Sekitar Macau Fisherman's Wharf

Pusing-pusing ambik gambar kat situ dalam 30minit, kami ke  Kun Lam Ecumenical Center... ambik gambar je. Tak berapa cun, sebab matahari tengah naik. Dalam pukul 10 pagi macam tu.


Kun Lam Ecumenical Center


Supir berhenti kawasan Casino untuk kami bergambar.




Seterusnya ke macau Tower. Harga Tiket MPO135. Tapi yang ni dah termasuk bayaran kat supir tadi.



Sekitar Macau Tower


Beli FM kat sini


Meneruskan perjalanan ke Praceta Do Museu De Macau.. dalam bahasa mudahnya, musium Macau.

Puas pusing-pusing kat sini, panjat bukit naik dekat Church lama (feeling sama macam bukit A'Famosa tu).

Tempat ni lebih kepada 1 komplex yang mana tinggalan lama duduk berhampiran iaitu Monte Fort dan Ruins of St.Paul's.







Kalau diikutkan, semua gambar aku nak tunjuk.. dah jadi macam album pulak. Aku belanja sikit dah la kan?

Sebetulnya dan sepatutnya kalau nk cover 1 macau, koman-koman 3hari 2 malam. Insya Allah, ada rezeki lebih aku nak ke Macau sekali lagi. Senado Square pun tak habis ronda lagi..tak puas rasanya.

Lebih kurang pukul 2, selesai. Banyak tempat lagi kalau nak pergi, kalau betul-betul nak explore Macau, kena stay sana 2 hari. Pukul 2.30 kami bertolak balik ke  Hong Kong.

Panasss...

Sambung esok

Adeus!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KOMEN YANG MURNI2 AJE ...

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...