Selasa, 13 November 2018

MENJEJAK JACKIE CHAN - HONG KONG PART 13

Assalamualaikum.

31 Oktober 2016
Hari ke-5

Berbahagia sungguh hari ni. Kami ke..DISNEYLAND!!!!!!!!!!!.  seperti biasalah, kami sentiasa jadi yang terawal. Kami sampai di Disneyland , pintu pagar pun tak buka lagi. Dalam train pun kosong je. Ada staf dia je yang nak masuk kerja.


Untuk ke Disneyland, perjalanan dalam 45 minit camtu. Stesen MTR yang kena lalu, tengok gambar dibawah. Dari TST ke Lai King, line merah. Turun di Lai King, cari line kuning melalui Tung Chung Line ke Sunny Bay.


Tiba di Sunny Bay dah nampak train tingkap telinga Mickey Mouse..walaweehhhh ..hati berbunga-bunga keriangan.


Semuanya telinga Mickey

Yang bestnya, dalam train pun kosong je lagi..sampai di Disneyland pun sunyi sepi..

Berbekalkan flyer yang aku print dari google, kami sempat cover semua tempat. Pun begitu ada berapa permainan yang aku tak sempat main. Kalau diikutkan, perlu 2 hari untuk cover dan main semua games yang ada agar tak terkejar-kejar.



Kalau lewat sikit, jangan harap nak dapat ambik gambar macamni..

Lapang selapang-lapangnya tak ada manusia

Pintu masuk tak buka lagi..orang dah mula beratur


Simpan je monopot tu ye..

Kat bawah ni aku belanjalah gambar yang ada.. beribu keping tapi aku hentam sajalah upload yang mana pun.. 

Kosong lagi





Toy Story punya



Bersusun stroler baby..seronok pulak tengok

Ni toilet tau..



Untuk makan, dalam Disneyland ni ada restoren halal. Dan kami pun makan disini.





Sebelah petang ada lagi show. Aku belanja lagi sikit gambar.

Masa kami pergi tu kena musim Hallowen. Banyak stiker Hallowen yang aku dapat free

Nak bergambar dengan maskot mesti beratur.
Jangan risau ye..setiap maskot yang keluar untuk bergambar akan ada 2 orang staf Disney yang akan tolong korang bergambar. Bagi je handphone kat dia. Jangan pulak terkejut kalau tetiba maskot tu peluk korang..memang itu kerja dia.

Kami bertolak balik sekitar jam 7.45ptg.

Last aku belanja video penutup ni..


Berakhirlah keseronokan menjadi kanak-kanak kembali..benda best macamni sukar untuk diceritakan..kena pergi sendiri dan lalui sendiri pengalaman tu.ok..

Sambung esok..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KOMEN YANG MURNI2 AJE ...

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...