Jumaat, 9 November 2018

MENJEJAK JACKIE CHAN - HONG KONG PART 9

Assalamualaikum

Puas bergambar di Bruce Lee Statue. Bestnya sebab masih awal pagi dan tak ada orang pun kecuali ahso-ahso cleaner. Dihujung taman menghala ke laut,ada 1 jejantas menuju seberang jalan. Kami turun ke arah Tsim Sha Tsui East Waterfront sebab jejantas melintas Salisbury Road, turun ke  TST East Waterfront. 
Jejantas yang aku maksudkan

Pemandangan sebelah kanan dari atas jejantas.. Avenue of Star yang tengah renovate.

Sampai di TST Waterfront..sempatlah bergambar sekeping dua lagi..





Tiba-tiba berubah lagi itenary. Nama pun bagpakers, sukahati akulah kan nak kemana pun tak ada siapa nak larang. Kalau ikut map, Hong Kong Colesium macam dah tak jauh dan melalui jalan yang sama. Lebih baik pergi sana dulu sebelum ke muzium, sebab muzium pun tak buka lagi. Masih awal.

Dari TST East Waterfront, kami naik eskaltor ke jejantas yang menyeberangi Salisbury Road. Tengok gambar dibawah.
Dari sini nampak jejantas tu.

Pemandangan sebelah kanan dari atas jejantas

Atas jejantas

Hong Kong Coliseum yang aku tanda merah

Sampai di seberang jalan, turun dari jejantas kami melalui lorong-lorong shop lot . Dihujung lorong, kena naik tangga pulak untuk ke seberang lagi (aku masih ikut map ditangan) dan di atas jejantas kali ni, sebelah kiri nampak landmark ni..

The Hong Kong Polytechnic University di sebelah kiri.

Jalan lagi nampak tol ni di sebelah kanan..dan jejantas yang kami lalui ni akan lintas atas tol tu.

Sampailah nampak exit Hong Kong Coliseum D2. Jalan terus je dan sampai.

Laluan tadi keluar ikut anak panah merah tu..keluar je terus sampai

Tak ada apalah sangat kat sini, hanya bangunan coliseum yang tutup. Mungkin sebab awal dan tak ada apa-apa program kat situ.


Sebelah tepi Coliseum

Poster show-show yang sedang dan akan diadakan

Selesai kat sini, kami duduk tak lama, dalam setengah jam, kami menapak pulak ke muzium. Kalau diikutkan, senibina kawasan tu cantik. Aku ada ambik gambar..tapi sayangnya gambar tu terkubur bersama handphone aku yang dah almarhum. Gambar yang aku kongsi kat sini 80% dari kamera Iera..mujur dia ada.

Oklah..bersambung esok..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...