Isnin, 19 November 2018

MEE SANGGUL BERACUN

Assalamualaikum..

Untuk sebulan ni aku nak tulis resepi aje. Untuk aktifkan balik blog ni. Skroll galery phone, baru sedar banyak betul gambar makanan dan menu yang aku dah cuba.

Dan aku kongsikan disini kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk mencuba. 

Salah 1 mee yang aku suka adalah mee sanggul. Mee ni buatan melayu ye. Namanya Mee Sanggul Desa jenama Azman. Nanti aku akan buat entri pasal ni. Harini kita cerita resepi dulu.

Bahan-bahan;
1pek mee sanggul -rendam dalam air biasa 1/2jam dan toskan
3 ulas bawang merah- ditumbuk
6 ulas bawang putih- ditumbuk
1 mangkuk cili kering blend
Daging lembu anggaran besar penumbuk budak jer -hiris nipis
DAN/ATAU 1 ketul ayam -potong kecil
1/3 cawan kicap manis
2-3 camca sos cili
2 camca sos tiram
2 biji telur
Taugeh dan kucai -kuantiti terpulang.

Cara-cara;
Panaskan minyak,tumis bawang-bawang, kemudian masukan ayam dan/atau daging , goreng sebentar. Masukkan cili kering blend, kicap,sos cili,sos tiram dan sedikit air. Kacau sampai kuah mengelegak, terus masukan mee yang dah lembut, telur ayam dan kacau rata. Masukan kucai, matikan api dan masukan taugeh, kacau rata. Siap


Ni aku goreng 4 pek untuk bawak ke ofis. 

Sebenarnya, untuk mee sanggul ni, mesti letak daging baru sedap. Ayam ke udang ke..itu optional sahaja. Tak ada pun ok..ada bertambah ok lah kan.

Mee sanggul ni mengingatkan aku pada cikgu BM aku masa form 2..walaupun dia ajar sekejab aje.. tapi terkesan di hati bila nampak dia jual mee sanggul ni kat bazar ramadhan Guar Chempedak lepas tamat kontrak.. dan mee dia sangat sedap. Abah aku hari-hari beli mee dia bawak balik untuk berbuka puasa. Cikgu Rohani.. masih terbayang wajah cikgu yang tersenyum sambil berniaga .. sedih la pulak.sob..sob..


1 ulasan:

KOMEN YANG MURNI2 AJE ...

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...