Ahad, 3 Februari 2013

FILEM SERAM PERTAMA DI TANAH MELAYU

Assalamualaikum...

Tengok sikit tajuk...Filem Seram Pertama Di Tanah Melayu ye..bukan di Malaysia. Ini bermaksud filem yang mula-mula sekali wujud di negara kita ini. Nak tahu filem apa?

Ini dia..filem Pontianak. Diterbitkan pada tahun 27 April 1957. Ditayangkan sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri. Tahun yang sama dengan tahun kemerdekaan negara kita..Kita bebas dari penjajah British, tapi telah dijajah oleh hantu didalam filem..Diterbitkan oleh Cathay-Kris Film Production.


Hari pertama tayangan

Hari terakhir tayangan


Filem ini dibintangi oleh Maria Menado..inilah "Pontianak" pertama di negara ini.



Dan di arahkan oleh BN Rao, namun skrip asal ditulis oleh Abd. Razak Syeikh Mohammad atau dikenali sebagai Promoter A.Razak.

A.Razak (kiri) dan Produser Ho Ah Loke

*credit to :http://filemklasikmalaysia.blogspot.com

Filem ini telah menjadi filem Box-Office dan memenangi Anugerah Festival Filem Asia Pasifik ke-4 di Tokyo Jepun pada 1957. Kutipan tiket pada waktu itu ialah $20,000( pada masa ini tanda RM belum wujud ye..pun begitu tanda $ tetap disebut sebagai Ringgit).

Nampak amaun tu macam kecik aje kan..tapi pada zaman itu abah aku cakap 1sen boleh beli macam-macam. Agaknya $20,000 tu macam 2 juta la kot.

Pun begitu ada kisah sedih mengenai nasib filem ini. Di katakan gulungan filem yang asal telah dibuang oleh Pordusernya Ho Ah Loke ke dalam lombong tinggal di Kuala Lumpur kerasa kesal dan kecewa pada waktu itu tiada medium atau badan yang berfungsi untuk menyimpan filem-filem yang telah ditayangkan dan juga kerana tiada siapa yang peduli pasal filemnya.

Menurut wikipedia, dinyatakan ada penonton yang sampai pengsan-pengsan masa menonton filem tu.

Selepas filem Pontianak, maka wujudkan filem-filem sekuel darinya seperti, Dendam Pontianak(1957) Anak Pontianak(1958), Sumpah Pontianak (1958) dan macam-macam lagi filem seram dan hantu yang keluar. Pun begitu sekarang ni kalau di tengk baik filem ni, pastinya ada yang ketawa sebab nampak kelakar. Tapi dizaman kegemilangannya dulu, filem ini memang boom..maklumlah filem hantu yang pertama keluar panggung.

Apapun pujian patut diberi pada mereka-mereka yang terlibat dalam filem ini. Mereka dalah manusia yang paling kreatif pada itu. Mampu buat filem yang diluar jangkaan fikiran manusia pada waktu itu.

1 aje persamaan antara Pontianak dulu dan sekarang.. yang jadi pontianak tu cantiknya bukan main lagi..kan?


11 ulasan:

  1. Salam...baru ku tahu.
    Tapi betul le...yg berlakon jadi pontianak ni mesti cun.

    BalasPadam
  2. tak brp suka tgk citer hantu...tak suka perasaan terkejut...huhu

    BalasPadam
  3. baru taw gak filem seram pertama kt msia apa....hehee cun tp seram...

    BalasPadam
  4. salam kak..
    huhu..punya lama citer ni.. mak cma pun belum lahir lagi..
    nostalgic sungguh.. :P
    cma suka tgk citer2 seramm best...

    beza ponti dulu dgn skang, masuk jail *opsssssssssss*

    BalasPadam
  5. Filem ini memang tidak akan ditayang lagi, sebab seluruh hak filem ini telah dibeli oleh Sultan Abu Bakar yang berkahwin dgn Maria Menado dulu (ada lagi satu filem yg juga dibeli haknya, saya lupa tajuk apa).

    Sebab Sultan Abu Bakar mula melihat Maria Menado dari filem itu, khabarnya.
    Maria Menado merupakan artis Tanah Melayu pertama disunting orang istana.

    BalasPadam
  6. takut nak tgk cerite hantu.. nanti nak g tandas pon berteman.. hahaha..

    BalasPadam
  7. Asal pontianak jer mesti cantik kan. hahaha pilem dolu2 lawak jer kalau tengok skang, dah tak takut pun.

    BalasPadam
  8. Bila tgk2 balik cita pontianak yg lama2 ni,nak tergelak pun ada... :)

    BalasPadam
  9. assalamualaikum pen biru....dulu2 mmg nampak takut tapi skg ni budak2 ketawakn jer...:)

    BalasPadam
  10. nak minta maklumat citer nie admin mohon la share ilmu ..

    BalasPadam

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...