Selasa, 5 Februari 2013

FILEM PERTAMA DI TANAH MELAYU

Assalamualaikum..

Entri yang ingin mengongsi pada yang tidak tahu. Semalam ada aku ceritakan filem seram pertama di Tanah Melayu. Hari ni entri pasal Filem Pertama di Tanah Melayu. Bukan calang-calang filem nih..dan aku yakin ramai yang pernah tengok filem ni..



Filem ini di arahkan oleh B.S Rajhans, seorang pengarah dari India pada tahun 1933 dan diterbitkan oleh Motilal Chemical Company yang berasal dari Bombay tapi beroperasi di Singapura. Penerbit filem ini adalah K.R.S Christy juga dari India. Namun filem ini ditayangkan pada 27 Mac 1934 sempena Hari Raya Haji, di panggung Alhambra , Singapura.

Pelakon yang membintangi filem ini semuanya berasal dari pelakon bangsawan. Pada mada dan ketika itu, Bangsawan adalah satu-satunya medium tayangan lakonan secara "live"..kalau kini kita sebut sebagai pelakon teater la lebih kurang...

Apa yang menariknya, filem ini dilakonkan dalam dialog Bahasa Melayu Tinggi (memang sastera betul la tu).

Pelakon asalnya adalah seperti M.Suki Nordi (Marzuki Nordin) sebagai Qais. Gambarnya tidak dijumpai dan..


Fatima Jasman sebagai Laila



B.S Rajhans

Jika korang tengok poster yang kat atas tu, itu adalah filem Laila Majnun yang dilakonkan semula pada tahun 1961. Heronya adalah Nordin Ahmad dan heroinnya adalah Latifah Omar. Dan filem yang boleh kita tonton di tv hari ini adalah filem lakonan semula.. dalam kata lain, filem Laila Majnun yang sering ditayangkan di TV sekarang ini bukanlah filem asal..itu adalah filem lakonan semula atau re-shoot. Filem asal yang aku ceritakan ini memang tak pernah ditayangkan di TV.

Inilah poster filem yang pertama

Filem yang asal telah didapati hilang dan tiada siapa yang menjumpainya. Samada filem 1933 ini sama dengan filem 1962, tidak diketahui, tapi cerita lisan mengatakan itulah jalan ceritnya..kisah cinta terhalang.

Itu aje perkongsian hari ini.
*credit to : filemklasikmalaysia.blogspot.com
                 wikipedia dan atuk gugel

*tiba-tiba rasa diri sudah tua sebab minat filem klasik

13 ulasan:

  1. Oh ye ke? Baru tau...Ingatkan yang Nordin Ahmad berlakon tu filem yang asal..rupanya filem lakonan semula eh.

    BalasPadam
  2. Kakak rasa entah dah berapa kali kakak tontonfilem sedih ini. Tapi kalau lihat macam geram lihat Nordin Ahmad sampai macam nak mati boleh jumpa di padang pasir dgn kekasih hatinya. - Filem ini tak colour kan.

    BalasPadam
  3. ooo...ingatkan filem P.Ramlee filem pertama di tanah melayu...rupanya filem Laila Majnun ni ek... ermm...thanks for sharing dear...

    BalasPadam
  4. filem dulu2 mmg unik..tak menahan bilatime menyanyi2 pastu joget sebijik macam hindustan.hehe

    tp disitulah kesenian filem melayu klasik..:)

    BalasPadam
  5. Pernah tgok citer ni...suka tgok filem dulu2...

    BalasPadam
  6. yang KY ingat nordin ahmad yg berlakon citer ini kan?..

    BalasPadam
  7. salam kak..
    huhuh..tetiba rasa mcm nk tgk citer lama plk..
    mak cma cukup suka tgk citer ni... cma je blm cukup suka lg.. hihihi..
    tenkiu for sharing kak.. fuhhhh lama btl ye?

    BalasPadam
  8. Oo ada pelakon lain rupanya... Tq sharing kak :D

    BalasPadam
  9. X PERNAH AMBIK TAU CERITA2 KLASIK NI..NI LAH FIRST TIME DGR PASAL FILEM TU..HUHU

    BalasPadam
  10. Filem Laila Majnun tu dah dibuat dalam banyak versi dah kan? Di barat, di timur, hindi, Indonensia, hampir semua tu ada versi filem Laila Majnun masing-masing.

    Jika di barat, Majnunnya pernah dilakunkan oleh Elizabeth Taylor.

    BalasPadam
  11. kak.. saya suke cite nih..
    tapi penulis asal leila majnun ni kira tahap shakespere jugak kan.. sbb omputeh ada romeo and juliet.. org melayu leila majnun.. cinta terhalang... hihi..
    tqs for sharing kak!

    BalasPadam

KOMEN YANG MURNI2 AJE ...

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...