Selasa, 12 Februari 2013

FILEM SAINS FIKSYEN PERTAMA DI MALAYSIA

Assalamualaikum..

Seronok pula aku nak menggugel mencari fakta yang mungkin orang tak minat nak tahu..tapi aku nak tahu, Bila aku dah tahu, aku nak kongsikan dengan korang.

Filem genre sains fiksyen hanya mula bertapak di Malaysia pada tahun 1992. Siapa tidak kenal dengan Aziz M.Osman. Seorang pengarah muda yang pada waktu ketika itu sungguh kreatif dan mampu buat filem sebegini. Filem yang dimaksudkan ialah XX Ray.




Sebelum itu kita hanya banyak disogokkan dengan filem-filem cinta sahaja. Tapi kebangkitan XX Ray telah memecah tradisi. Aku dah beberapa kali menonton filem ini. Jalan cerita yang sangat menarik. Hinggakan 1 masa dulu Aziz M.Osman dikenali sebagai  Steven Spielberg Malaysia




Filem ini mula di tayangkan pada 24 Disember 1992 (aku darjah 6 masa tu). Di terbitkan oleh syarikat Nizarman Malaysia Sdn. Bhd (syarikat milik ibu pelakon Syanie Hisham yang comel montel tu )

Filem ini telah memenangi Skor Muzik Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-10 an juga memangi Anugerah Khas Juri(Filem Penerokaan Special Effect) di festival yang sama.

Nor Aliah Lee (pernah berkahwin dengan Aziz M.Osman, namun jodoh mereka tak panjang)

Hero pujaan Malaya..paling hensem owesome yang amat pada ketika itu..aku pun sampai termimpi-mimpi minat kat dia ni..inilah dia Edika Yusof.


Bagi yang tidak pernah menonton filem ini, sinopsisnya seperti berikut;

"Amir (Aziz M.Osman)seorang pelajar pintar jurusan sains mempunyai masalah pergaulan terutama dengan Aishah(Nur Aliah Lee)  yang diminatinya. Karim (edika Yusof) kaki bulli sentiasa menghalang Amir utuk mendekati Aishah kerana Karim juga meminati Aishah. Amir amat meminati astronomi. Amir dan Anuar(Faizal Hussien) bertolak ke Sarawak untuk menyiasat laporan tahi bintang yang jatuh di Sarawak dengan bantuan Encik Ismail (Shaharudin Thamby). Amir bertemu dengan seorang lelaki tua yang tinggal berhampiran kawasan dimana tahi bintang itu jatuh. Orang tua itu memberi serpihan batu itu kepada Amir. Serpihan batu itu juga dimiliki oleh Baragas. Berlaku perebutan antara Amir dan Baragas ( Seniman Ibrahim Pendek). Amir berjaya membawa pulang tahi bintang itu ke Kuala Lumpur. Semasa ujikaji, batu tersebut meletup menyebabkan Amir menjadi halimunan. Amir mencuba untuk memulihkan keadaannya manakala Baragas sentiasa berusaha untuk menumpaskan tahi bintang itu."



*fakta dalam entri ini dan entri-entri sebelum ini adalah atas kajian dan bacaan sendiri. Jika ada yang tidak tepat, harap dapat betulkan aku.

5 ulasan:

  1. Lama dah filem ni... dah tak berapa ingat ceritanya...

    BalasPadam
  2. dulu sbb cter ni lah nk jd halimunan...hahaha

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  4. Aku dulu siap tgk wayang lgi cita ni sbb mmg lain dari yg lain.Aziz M.Osman mmg berani dan jugak creative bila dia buat citer ni. mmg aku minat gila dgn citer ni dulu sbb xdak satu pun citer Melayu lain yg sebegini rupa...

    BalasPadam
  5. yes kak! saya pon sgt suka cite ni.. sbb sgt kreative kan abg ajiz ni.. heee..btw, skang dia da kurang buat cerita yg lain dari yg lain.. dulu cerita Putri Impian dia pon sy suka sgt...

    agknye skarang dia da kurg kreative... sbb faktor usia.. minat dia kat benda lain da kan.. syg...

    BalasPadam

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...