Selasa, 26 Mac 2013

NEGARA TERKECIL DI DUNIA

Assalamualaikum..

Meh kita tambah info hari ni. Aku terjumpa 1 artikle mengenai saiz dan kepadatan penduduk dunia. Tiba-tiba aku dapat data ni..mengenai negara yang paling kecil di dunia.


So aku tak nak cerita bab negara lain. Aku nak cerita pasal negera yang paling kecil tu je..iaitu Vatikan.

Nama Negara:    
Stato Città del Vaticano, (The Vatican City State = Negara Kota Vatikan), dibentuk melalui Traktat Lateran (Lateran Treaty) yang ditandatangani pada tahun 1929 antara Wakil Ketua Pemerintah Takhta Suci, Kardinal Pietro Gaspari dan Perdana Menteri Kerajaan Italia, Benito Mussolini.

Negara Kota Vatikan diakui sebagai badan politik bagi  menjamin Takhta Suci sebagai institusi tertinggi dalam Gereja Katolik sedunia dan sebagai negara berdaulat.


Nama Pemerintahan:       

Santa Sede  atau the Holy See atau Takhta Suci.

Ketua Negara:        
Sri Paus, (the Holy Father). Sri Paus sekarang ini adalah Benedictus XVI, nama asalnya sebelum dilantik adalah Joseph Ratzinger, yang berasal dari Jerman. Sebelumnya negara ini diketuai oleh Kardinal iaitu pemimpin Kongregasi untuk Doktrin Keimanan.




Bendera:                  
Vatikan memiliki bendera berbentuk segiempat panjang, mempunyai  dua warna, kuning dan putih. Di tengah bahagian yang berwarna putih terdapat lambang Vatikan.

Lambang Negara:    
Berbentuk Mahkota Kepausan berwarna keemasan bertingkat tiga dengan sebuah salib kecil di atasnya. Dua kunci Santo Petrus yang bersilang dihiasi oleh selendang Kepausan. Sebagai latar belakang dari lambang negara ini adalah sebuah perisai berwarna merah.


Lagu Kebangsaan:  

Himne berjudul “O Roma felix” (O Rome immortal), dicipta  oleh Charles Gounod, liriknya ditulis  oleh Antonio Allegra,  pada tahun 1950.

Lokasi dan Saiz:      

Negara Kota Vatikan terletak di Bahagian Barat  wilayah kota Rom, berkeluasan 44 hektar, panjangnya 1045 meter dan lebarnya 850 meter (108,7 acres, 44 hektar) atau 0.44km persegi yang dilingkungi oleh tembok tinggi.

Daerah Kota Vatikan yang dapat dikunjungi umum adalah Basilika Santo Petrus. Tempat-tempat lain hanya boleh dikunjungi setelah mendapat  kebenaran bertulis.


Penduduk/WargaNegara:         
Sekitar 1000 orang dan menetap disana kerana pekerjaan. Penduduk Vatikan terdiri dari bebagai warganegara, dimana majoritinya adalah warganegara Itali. Mereka juga memperoleh Kewarganegaraan Vatikan secara "permanent residence" atau "PR" seperti yang termaktub Perjanjian Lateran.

Matawang:  

Euro-Vatikan .

Bahasa: 

Bahasa Italia. Untuk perayaan keagamaan ,Bahasa Latin turut digunakan. Bagi tujuan Urusan Diplomatik, hanya menggunakna Bahasa Inggeris dan Perancis.


Itu je infonya. Yang lain korang boleh gugel la ek..terima kasih kerana sudi baca.. Adeus!!!

12 ulasan:

  1. tq share! ingatkn brunei jer kecik..hehe

    BalasPadam
  2. selamat pagi ...
    singgah pagi
    apa khabar pagi nie.. dah makan ke?

    BalasPadam
  3. Kecil sungguh negara Vatican! Xsampai setengah kilometer persegi!

    BalasPadam
  4. tq share.. ilmu utk hari ni.. =)

    done follow sini.. jom follow n singgah blog teman.. heee.. http://tengkubutang.blogspot.com/

    klu minat kucen leh follow blog ni jugak.. =)
    http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

    BalasPadam
  5. memang kecil tapi antara negara tumpuan dunia...khususnya yg berkaitan dengan agama mereka tu....

    BalasPadam
  6. satu info yg berguna..thanks for sharing..Anyway terima kasih follow blog sy..lawat2 lah selalu yer:-)

    BalasPadam
  7. ye ker??? xpnh tahu pun slama ni...hehehe...

    BalasPadam
  8. oh Vatikan sebuah negara eh,ingatkan macam sebuah bandar...

    BalasPadam
  9. assalamualaikum pen biru....baru tahu menarik...:)

    BalasPadam
  10. salam kak PB..
    sesungguhnye cma tatau negara ni kat mana.. huhu..
    tenkiu for the info..

    BalasPadam

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...