Ahad, 31 Mac 2013

HARI TERAKHIR DI SINI

Assalamualaikum..

Sekadar berkongsi cerita.

Sudah 12 tahun aku berkhidmat di jabatan ini. Inilah universiti yang paling besar untuk aku. 3 tahun di Unit Semakan. 4 tahun di Unit Gaji dan 4 tahun di Unit Pentadbiran. Esok aku akan berhijrah ke tempat baru..Unit Akaun..(macamlah nak pindah jauh sangat..huhuhu)

Aku tak kisah tentang pertukaran ini. Pada aku inilah peluang aku menimba ilmu dalam pelbagai bidang kerja. Andai aku dipindahkan JPA ke jabatan lain, aku akan rasa lebih "kemas" dan "selesa" dengan segala pengalaman yang aku ada. Syukur Alhamdulillah..

Mulai esok rutin kerja di pejabat akan turut berubah. Inilah Hijrah sebenarnya bagi seorang pekerja. Pindah ke suasana baru, tempat baru, rutin kerja yang baru. 

Sedih juga tinggalkan kawan-kawan yang rajin buat bising dan gelak ho ha ho ha... tapi ok lagi lah sebab masih jabatan yang sama..terima kasih untuk kawan-kawan yang sudia buat makan-makan..aku memang tak tahu pasal ni, kalau aku tahu memang aku akan masak le apa-apa untuk majlis..(punya le bendul sekeping gambar pun aku tak snap)

Apapun bersedia untuk sesuatu yang baru esok..


8 ulasan:

  1. Lain padang lain belalang... Tidak susah utk sesuaikan diri. Tahniah! Semoga bertambah berjaya dan gembira

    BalasPadam
  2. Tahniah ya cik pen biru...suasana baru...kawan2 baru...seronoknya..

    BalasPadam
  3. Selamat bertugas di jabatan baru, PB

    BalasPadam
  4. semoga semuanya berjalan lancrlah ya..

    BalasPadam
  5. Maklong doakan pen biru terus berjaya ditempat baru. Tempat jumpa dan dapat kawan2 baru.

    BalasPadam
  6. Salam Kak PB..
    Alhamdulillah...
    selamat menjalankan t/jwb di tempat baru :)

    BalasPadam
  7. semoga terus sukses di jabatan baru yer...:)

    BalasPadam
  8. waahhh tukar environment....

    mana tau..lagi best nanti...hehehe

    BalasPadam

KOMEN YANG MURNI2 AJE ...

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...