Ahad, 24 Mac 2013

Pakej Pulau Malaysia Bersama Jomlahcuti.Com

Assalamualaikum..

Korang pernah dengar tak mengenai laman web Jomlahcuti.com? Aku mengenali laman web ni pada tahun 2011 masa aku sedang mencari maklumat untuk bercuti di Medan. Aku telah mendaftarkan email untuk menerima segala promosi dan info terkini.


Setiap kali aku menerima email dari Jomlahcuti.com aku rasa amat berminat untuk membacanya. Paling aku suka ialah melawat laman web Jomlahcuti.com. Pelbagai promosi telah diadakan. Jomlahcuti menyediakan pelbagai pakej percutian yang amat menarik dengan harga yang berpatutan. Aku nak sangat join pakej-pakej tu tapi apakan daya masa aku yang tidak mengizinkan.

Laman web Jomlahcuti.com pada aku memang best.Macam-macam info mengenai lokasi percutian ada di web tersebut dengan paparan gambar yang cantik menarik,rekaletak yang sangat mesra-pelayar dan cepat terpapar di skrin bila di klik.

Sekali lagi aku menerima email dari Jomlahcuti.com dengan mengajak aku untuk menyertai 1 peraduan ringkas.Maka aku pun mencuba nasib kali ini.

Bagi melengkapkan peraduan ini aku diminta untuk membuat 1 slogan..
Saya ingin bercuti bersama Jomlahcuti.com kerana impian saya ingin bercuti bersama krew yang hebat yang pastinya menjanjikan kenangan yang paling manis!


Setelah 3 kali bercuti diluar negara , harapnya kali ini dapatlah aku merasai percutian di pulau yang paling best dengan Jomlahcuti.com. So korang yang berminat jomlah lawat web ini dan sertai peraduan yang best ni.


...dan inilah antara kenangan percutian aku

Medan - Mac 2011

Kuching - Mei 2011



Beijing - Nov 2011

Ho Chi Minh - Nov 2012

Korang boleh melawat Jomlahcuti.Com untuk dapatkan pelbagai info percutian dan kalau korang nak bercuti kemana-mana ada banyak pakej yang disediakan. Apalagi.. Jomlahcuti!!!


5 ulasan:

  1. Terima kasih..akak sangat suka jalan-jalan tukar angin.

    BalasPadam
  2. semoga berjaya yer penbiru...:)

    BalasPadam
  3. all the best!!!! dah jauh berjalan tu.....

    BalasPadam
  4. salam kak PB.
    contest ke ni?
    gud luck yer :)

    BalasPadam

KOMEN YANG MURNI2 AJE ...

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...