Sabtu, 23 Mac 2013

KISAH PENGORBANAN IBU KUCING

Assalamualaikum..

Ini kisah Pengorbanan besar seekor ibu kucing. Scarlett seekor ibu kucing yang amat berani, penuh kasih sayang dan sanggup menghadapi pelbagai kemungkinan.Berbulu Calico, dan pernah menjadi tajuk utama di seluruh dunia dalam insiden mengeluarkan lima anak-anaknya untuk diselamatkan daripada api kebakaran ditempat tinggalnya. 

Berbalik pada kejadian itu, Scarlett tinggal didalam garaj di Brooklyn bersama-sama anak-anaknya. Ketika kebakaran itu berlaku, tiada ahli keluarga yang tinggal kerana keluar bekerja. Setelah dipadamkan api, anggota bomba dapat melihat kucing itu dengan perlahan-lahan membawa anak-anaknya berusia empat minggu dari bangunan yang telah hangus. 

Keadaannya yang hangus teruk, telinga ia terbakar, dia menyusukan anak-anaknya agar selamat walaupun keadaan dirinya dengan matanya melecur serta teruk dan telah melekat dengan hidungnya, dan setelah kelima-lima anaknya selamat ia rebah dan pengsan. Ahli bomba David Giannelli mengambil kesemua kucing-kucing itu untuk dirawat. 

Akhirnya, kucing itu setelah sihat dan tinggal parut dimuka dan badannya, diambil semula oleh tuannya dan bersyukur atas keselamatan mereka. Kini Scarlett telah tiada lagi kerana kejadian itu berlaku pada tahun 1996.


http://www.purr-n-fur.org.uk/famous/scarlett.html





Keadaan Scarlet selepas kebakaran



Anugerah yang diterima Scarlet


Gambar atas : Anak-anak yang sihat dan sikit pun tidak cedera..
Gambar bawah : Kecacatan kekal pada mata Scarlet



Sedangkan ibu haiwan pun sayangkan anak..tapi kenapa ada manusia yang lebih hina dari haiwan.. :(

5 ulasan:

  1. Assalamualaikum pen biru...sedihnya pengorbanan seekor ibu kucing yg sayang anak2nya...

    BalasPadam
  2. Binatang pun tahu sanyangkan anak kannnn!

    BalasPadam
  3. Besar pngorbann kucing tu....sedang kn haiwan lagikn pndai berkaseh sayang.,,

    BalasPadam
  4. Salam,
    Kucing pun sayang anak, manusia....ada yg sanggup buang, dera malah bunuh lagi!

    BalasPadam
  5. salam kak PB..
    cma ade terbaca kisah kucing ni kat fb..
    terusik rasa hati.. huhuh..bezanya manusia & haiwan

    BalasPadam

KOMEN YANG MURNI2 AJE ...

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...