Selasa, 12 Mac 2013

Penbiru Loves Pocoyo

Assalamualaikum...

Penbiru Loves Pocoyo???  ..yup..aku suka dengan Pocoyo..comel cute jer. Sebelum tu aku nak citer sikit. Dulu masa aku kat FB, aku dok tercari-cari gambar profile yang sesuai dengan profile aku tu. Ntah macam mana waktu aku dok menggugel, tiba-tiba terkeluar gambar kartun tu. Masa tu sumpah aku tak tau nama kartun tu Pocoyo (kira-kira 4tahun lepas kisah ni). Aku berkenan terus je upload gambar tu dan guna hingga ke hari ni. Bila aku dah guna , baru la kawan aku Si Iera CSB bagitau nama kartun tu Pocoyo ( dia ada anak kecik..sebab tu dia tau..heheh).

Pocoyo adalah siri animasi pra-sekolah berasal dari  yang dicipta oleh Guillermo García Carsí, Luis Gallego dan David Cantolla, dengan kerjasama produser dari  Sepanyol Zinkia Hiburan, Cosgrove-Hall Filem dan Granada International. Dua siri telah dihasilkan, masing-masing yang terdiri daripada 52 episod tujuh minit. Versi Bahasa Inggeris menggunakan suara latar pelakon dan pelawak Stephen Fry , dan José María del Río menyampaikan versi Sepanyol . Mula dipertontonkan pada Januari 2005.

Asal usul nama Pocoyo adalah di ilhamkan oleh seorang pereka bernama oleh David Cantolla selepas mendengar anak perempuannya yang berusia 3 tahun , berdoa sebelum tidur "Eres niño poco yo" (Awak kanak-kanak kecil saya) yang sepatutnya disebut  "Eres Ninocomo yo ("Anda kanak-kanak seperti saya"). 
Perkataan  "Pocoyó" kira-kira boleh diterjemahkan ke Bahasa Inggeris sebagai "sekecil saya" atau "kecil seperti saya".


 Inilah pic profile aku dari mula berblog dan berfb hingga kini..malas nak tukar.

Dan untuk pengetahuan korang, sampai hari ni aku BELUM pernah tonton lagi kartun ni samada kat TV atau Youtube..huhuhu...

13 ulasan:

  1. 'Pocoyo' macam bunyi Jawa 'percaya'. Kalau dalam bentuk soalan " pocoyo ko", percaya kah? Hee hee.

    BalasPadam
  2. hehe....pocoyo memang comel...=D

    BalasPadam
  3. tertengok sebab anak sedara suka giler tengok pocoyo ni...

    BalasPadam
  4. oooo...baru tau hari ni nama cartoon yang comel ni pocoyo... comel2 saya suka tengok...

    BalasPadam
  5. cumei kartun ni... =) adik sy sk tgk...

    BalasPadam
  6. Baru saya tau namanya pocoyo...
    Dari Sepanyol rupanya ingatkan watak kartun Jepun

    BalasPadam
  7. assalamualaikum pen biru...betul tu mama pun sama juga...:)

    BalasPadam
  8. ha'a bila tgk kartun tu igt blog penbiru... :D

    BalasPadam
  9. antara kartun kegemaran anak den tuh...;)

    BalasPadam
  10. PB, Tolong delete salah satu komen akak. Hantar 1, terbit 2, pocoyo ko?

    BalasPadam
  11. salam kak..
    hihi..try la tgk..best jgk kartun ni :)

    BalasPadam

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...