Isnin, 25 Mac 2013

KOLEJ PROFESIONAL MARA - PENGAJIAN PERCUMA

Assalamualaikum..

Ini ada info yang mungkin ada orang yang dah tahu dan aku rasa ramai yang tak tahu. Sekarang keputusan SPM sudah diumumkan dan masih ramai yang tercari-cari peluang dan ruang untuk menyambung pelajaran. Oleh kerana habit rakyat Malaysia yang sukakan sesuatu yang PERCUMA dan amat sayangkan duit untuk dilaburkan atas tujuan pendidikan dan pelajaran maka aku ada sesuatu untuk dikongsikan.


Pernah tak anda mendengar nama KOLEJ PROFESIONAL MARA? Aku pernah dengar tapi tak pernah tahu mengenainya secara detail. Untuk pengetahuan anda semua (tiba-tiba aku ber"anda-anda" pulak..huh!) kolej ini menyediakan pengajian percuma malah pelajar diberi elaun bulanan oleh MARA.

KOLEJ PROFESIONAL MARA (KPM) adalah institusi pengajian dibawah INSTITUSI PENDIDIKAN MARA (IPMa). Khas untuk bumiputera sahaja.

KPM menyediakan pengajian peringkat Diploma dalam pelbagai bidang antaranya
  • Perakaunan
  • Pengurusan Perniagaan
  • Computer Networking
  • English Communication
  • Business & Digital Creative Media Production
  • Business Studies
  • Agro Business
  • Higher National Diploma in Computing (Software Development)
  • Entrepreneurship
  • Islamic Banking and Finance

Syarat-syarat kemasukkan sangat mudah iaitu Kredit dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik..lain-lain syarat tambahan yang sangat minima anda boleh dapati di link ini --> SYARAT KEMASUKAN KE KPM

Untuk maklumat lanjut mengenai lokasi pusat pengajian dan bidang pengajian pilihan sila klik  gambar dibawah


Jika kita tidak menggunakan peluang ini maka kita sudah kerugian. Bagi lepasan SPM yang berminat boleh daftar secara online di http://apponline.mara.gov.my/spupim/ sekarang!

*siapa kata  di Malaysia tak ada pengajian PERCUMA??? 




23 ulasan:

  1. Ye, rebutlah peluang ini. Inilah masanya!! Hujung minggu lalu pelajar-pelajar KPM Melaka, mungkin jurusan perniagaan, buat karnival (jualan dan promosi) di tapak parkir Tesco Pringgit.

    BalasPadam
  2. bagus peluang ni pada adik2 yang ingin melanjutkan pelajaran... ^_^... beruntung budak2 sekarang x macam zaman2 kita dulu...syarat kelayakan sangat ketat... ^_^ hopefully diaorang gunakanlah peluang yang ada dengan sebaiknya...

    BalasPadam
  3. tq atas info ini yer , bagus sgt !

    BalasPadam
  4. Salam Pen Biru,

    Satu maklumat yang bagus. Pada yang berminat eloklah rebut peluang ini.

    BalasPadam
  5. tq share! kat kuantan ada Kolej ni. dekat dgn opis saya.

    BalasPadam
  6. PB anak bunda yang bungsu belajar kat KPM Beranang...dah masuk tahun 3 dah..

    BalasPadam
  7. memang peluang terbaik utk golongan yg kurang mampu...... tapi berpeluang utk melanjutkan pelajaran....

    BalasPadam
  8. salam kak PB..
    untungla zaman sekarang..ada yg percuma.. time cma dulu nanHado..
    huhu.. tenkiu for sharing

    BalasPadam
  9. Tumpang lalu. Saya student kat KPM Beranang. HND Software Development. Masuk second year dah. KPM Beranang best. Environment nak study pun okay. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam.. hah,, lw ad rzki nti kta jumpk le.. hehe. cek lepsn spm 2012.. dpt kt beranang, dlm business.. course 2 ok x?

      Padam
    2. salam.. hah,, nti klu ad rzki kta jumpa le. Cek lpsn spm 2012,,, dpt kt beranang jugk. course business.. hurm,, course tu ok x?

      Padam
    3. Assalamualaikum. Okey tak course business tu kt kpm beranang?

      Padam
  10. lw ad rezeki nti kta jumpa le.. dpt kt beranang jugk.. ^_^

    BalasPadam
  11. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam ..nak tanye .kalau umur 21 tahun bole apply tak kpm ni?

      Padam
    2. saya nak tanye..kalau umur 21 tahun bole apply tak masuk kpm?

      Padam
  12. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  13. nak tanye. digital creative media ne ad grafik design ke?

    BalasPadam
  14. digtal creative media ne ad grafik design x?

    BalasPadam
  15. digital creative media ne ad grafik design x?

    BalasPadam
  16. Saya dapat KPM Beranang...ok tak environment kat sana?? apa yg menarik kat sana/???

    BalasPadam
  17. assalammualaikum,saya lpasan spm dlm aliran agama sastera dn dpat mnyambung pngajian d kpm dlm bdang islamic banking ttapi saya xmmpunyai asas dlm perakaunan bgaimana?

    BalasPadam
  18. assalammualaikum,saya lpasan spm dlm aliran agama sastera dn dpat mnyambung pngajian d kpm dlm bdang islamic banking ttapi saya xmmpunyai asas dlm perakaunan bgaimana?

    BalasPadam

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...