Selasa, 18 Oktober 2011

ETIKA BERPAKAIAN PENJAWAT AWAM

Assalamualaikum...

Tengok jer tajuk mungkin dah nampak bosan sebab dah masuk topic Etika dan Protokol. Aku sebenarnya suka topik ni. Banyak ilmu kesantunan yang boleh aku belajar. Saja jer aku nak citer topik ni sebab aku yakin ramai yang tak tahu tentang adanya Etika Berpakaian bagi pejawat awam.

Cuba korang tengok, ada ke tak penjawat awam yang berpakaian seksi ? atau..sesuka hati? Sebenarnya sebagai penjawat awam, adalah termaktub dalam pekeliling mengenai cara pemakaian yang boleh dan tidak boleh. Aku juga amat yakin, masih ramai penjawat awam yang tak tahu tentang adanya Kit Perkhidmatan Awam . Di dalam kit ini sebenarnya ada banyak maklumat yang setiap penjawat awam terutamanya yang baru dilantik perlu tahu dan patuh.


Aku terpanggil nak citer bab ni sebab sekarang aku nampak dah ramai penjawat awam yang berpakaian ke pejabat tidak mengikut garis panduan yang ditetapkan..ada yang memakai skirt, seluar, blouse dan sebagainya terutamanya yang perempuan ..macam-macam gaya ada. Mungkin diorang lupa, atau tak tahu, pakaian jenis itu TIDAK BOLEH dipakai sebenarnya. Harap maklum..jabatan kerajaan bukanlah seperti syarikat swasta yang boleh berskirt pendek ke opis yek!

Mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 1985 , pakai purdah pun tak boleh tau tak? Apa lagi yang berskirt2 bagai..

Ok lah..kalau korang nak tau apa yang ada dlm Kit atau Pekeliling tu, aku dah tinggalkan link url..korang klik la sendiri. Ini adalah pengetahuan am. Kalau pun korang bukan penjawat awam, sekurang-kurangnya korang pun tau undang-undang berbanding yang dah berbelas tahun malah berpuluh tahun jadi penjawat awam, tapi masih buta undang-undang..ok.. Adeus!!!


13 ulasan:

  1. masa sy bersekolah menengah dalam tahun 70an..ada cikgu melayu memakai skirt sahaja waktu mengajar.agaknya waktu tu belum ada undang2 etika berpakaian kot

    BalasPadam
  2. zaman sy bersekolah menengah cikgu melayu memakai skirt je

    BalasPadam
  3. ada etika berpakaian utk surirumah x hahaha

    BalasPadam
  4. assalamualaikum...peraturan tu kenalah diikuti jgn ikut suka jer kn...:)

    BalasPadam
  5. mama janet..pekeliling etika berpakaian tu kelaur pd tahun 1985..heheh

    cik betty..surirumah boleh pakai apa saja termasuk berkemban..kehkhekhek

    rara..yup..org gomen :)

    BalasPadam
  6. hehehe..kitorg skg ni isnin smpai rabu kna pkai baju koprat..kamis baju batik,jmaat baju kebangsaan..sape yg pkai seksi meksi..akan diambil gbrnyer dan dpt la memo nti..hahaha

    BalasPadam
  7. nieza : ok la cmtu..xyah pikir dah apa nak pakai hari2

    BalasPadam

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...