Ahad, 23 Oktober 2011

PIDATO ANTARABANGSA BAHASA MELAYU

Assalamualaikum..

Dah lama aku nak buat entry ni. Aku sebenarnya kagum dengan kegigihan bangsa yang bukan Melayu, belajar untuk bertutur dalam Bahasa Melayu. Memang kita sendiri tidak tahu bahawa adanya fakulti pengajian melayu di universiti luar negara. Dan bila tiap kali ada pertandingan pidato seperti ini, aku tak lepas peluang menonton aksi dan gelagat peserta..jangan main-main, bahasa dan ayat yang digunakan, kadang-kadang aku sendiri jarang gunakan..

Peserta pula ada yang datang dari pelbagai negara seperti Rusia, China, Tadjikistan, Filipina, Maghribi, Moldova, Republik Czech, Cameroon dan tak tersebut olehku..

Jom tengok klip ni..





Aku rasa bangga sebenarnya bila tengok ada orang asing yang pandai dan fasih berbahasa Melayu. Tapi aku heran juga kenapa anak Melayu sendiri sekarang ni lebih banyak bercakap Bahasa Inggeris. Bukanlah aku kata ianya salah..tak salah. Tapi tengok keadaanlah,.cuba kita tengok di TV..wartawan tanya dalam Bahasa Melayu, dibalasnya 100% Bahasa Inggeris..nak kata Mat Salleh , aku tengok hidung penyek je..kulit pun putih-putih biji kekabu. tak de maknenye...

Akhir kata(wah..skemanya aku hari ni..)..dengarkan Mutiara Kata ini..
Semasa kita lahir ke dunia ini, kita menangis dan orang di sekeliling kita tersenyum gembira. Berbuat baiklah kita semasa hidup agar suatu hari nanti bila kita meninggalkan dunia ini, kita akan tersenyum dan orang di sekeliling kita pula yang akan menangis.
*serius mutiara kata ini tak de kena mengena dengan topik hari ni..hahahahah

4 ulasan:

  1. kite pon suke tengok pidato ni..rasa kagum je dengan orang luar yg gigih belajar bahasa melayu ni.

    BalasPadam
  2. nuwairani.tu lakan..bangga je rasanya

    BalasPadam
  3. ada kuar tv ni...

    mmg kgum dan bangga...

    siap ada bunyi ek-ek tu,,,hihi

    BalasPadam
  4. noriz; ek..ek tu dia tiru cara kita becakap.dia tak tau kot tu bahasa pasar or daerah..hahah

    BalasPadam

KOMEN YANG MURNI2 AJE ...

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...