Selasa, 11 Oktober 2011

BAJET 2012 & BONUS

Assalamualaikum...

Bila sebut bajet, mesti orang ingat bonus. Terutamanya kakitangan kerajaan macam aku. Aku bukanlah pro pemerintah atau pro pembangkang..aku biasa-biasa aje. Mana yang aku suka, aku pangkah. Entry hari ni cuma nak luahkan pendapat aku. Entry kali ni aku nak tujukan khas untuk kakitangan gomen je..yang bukan gomen , aku no komen!



Syukur alhamdulillah dengan pemberian bonus dan jugak perlarasan gaji yang diberi kerajaan. Yang aku hairan, dalam dok bagi bonus dan perlarasan pun, masih ada lagi yang tak tau bersyukur. Asyik nak membangkang aje. Kalau tak bagi ,bising. Dah bagi pun bising. Apa punya jenis orang pun tak tau. Kalau dah rasa kerajaan sekarang sekarang tak cukup bagus, gunakan kuasa anda masa pilihanraya ni, jangan lah jadi macam anjing yang menyalak bukit..bukit tak runtuh, tekak yang sakit.

Betul macam kata kawan aku, syukurlah dengan apa yang bos kita bagi. Kita kena fikir, layakkah kita terima semua tu, kalau masuk kerja pun ikut suka, minum pagi sampai berjam-jam, malas nak kerja gi beli MC, dalam celah-celah tu pulak jadi orang kuat parti pembangkang.

Abah aku kata, jangan derhaka. Walau siapa pun yang memerintah,kita jaga periuk nasi kita dulu. Jangan tabur pasir. Tapi sekarang ada yang tabur tuba. Wahai kakitangan kerajaan Persekutuan seluruh Malaysia, kalau dah benci dengan kerajaan sekarang, sila berhenti kerja dan pergilah bekerja dengan "kerajaan" yang anda suka. Mungkin "kerajaan" pilihan anda tu boleh bagi bonus 2bulan tiap-tiap tahun.

Aku faham, bila gaji kita naik, barang pun turut naik harga. Ada pulak yang kata kerajaan patut buat sesuatu untuk pastikan harga barang tak naik. Hello..nak tanya sikit ni..seorang mak atau bapak bolehke nak control semua anak-anak dia supaya jangan buat jahat? Pada aku bab harga barang ni, kalau kerajaan dah buat undang-undang, tapi rakyat terutama peniaga tak patuh, harga tetap dinaikkan. Peniaga tu siapa? Rakyat Malaysia juga kan?

Aku tak pandai politik dan aku tak suka politik. Aku sekadar cakap apa yang aku terfikir. Aku duduk dalam negeri yang diperintah pembangkang. Tak ada apa pun yang membangun. Tarif harga air dulu 30sen utk setiap meterpadu, sekarang dah 60sen..Masa banjir haritu, kawasan aku terkepung, sorang pun tak datang tanya khabar. Sudahla. Malas dah aku nak bebel.

Masa malam kemenangan dulu, habis dicabutnya meter parking sebab dalam manifesto kata, kalau diorang memerintah, parking free..last-last sekarang ni dah buat parking berkupon. Lagi menyusahkan. Elok-elok keluar kereta boleh terus bayar parking, tak pasal-pasal kena menapak cari kedai ajen jualan kupon dulu sebelum parking. Tak ke sengal namanya!
Cuma aku nak bagitau, aku amat bersyukur dengan apa yang dibentangkan dalam Bajet 2012 ni. Dan aku bersyukur dapat berkhidmat dengan kerajaan. Sapa yang tak suka, bolehlah keluar dari Malaysia dan pegi duduk di negara yang adil kerajaannya.

Tahun ni, takde pulak apa-apa bajet pasal rokok selepas bertahun-tahun cukai rokok naik dan harga rokok makin mahal. Tapi yang aku herannya, tak de pulak yang merungut harga rokok naik, cuba yang naik tu harga gula..bising 1 dunia. Rokok mahal boleh pulak dibelinya, tapi bab gula naik harga sebab kerajaan kurangkan subsidi, macam nak mengamuk pulak dia. Ini lah yang dinamakan sikap manusia.

Apa-apa pun semua yang berlaku adalah atas sikap kita sendiri. Samada kita ni golongan peniaga,kakitangan kerajaan, pekerja swasta,hatta pelajar sekolah dan surirumah sekalipun, kita yang patut kena ubah sikap. Kalau dah miskin, buat cara miskin. Kalau dah kaya, janganlah lupa yang miskin. Pada yang golongan pertengahan macam aku ni, agak-agakla kalau nak belanja pun.

Bersyukurlah pada kita-kita yang kerje gomen ni ni. Jangan tau nak koooooomen dan koooomplen jer. Kalau tak suka keja gomen, berhentilah. Ramai lagi yang nak kerja.. Orang yang kerja swasta lagi kesian, diorang tu tunggu masa je nak masuk kerja gomen..itu je aku nak bebel hari ni..gambar kat bawah ni takde kena mengena pun. Saje aku tempek sebagai hiasan! Adeus!!!


11 ulasan:

  1. sy slh sorg yg suke komplen tu..bacsa entri rasa tertepek kt muka sndri..adeh..!

    **try kol akak tu..mgkin sms ni dia xlyn..dia sgt bz..

    BalasPadam
  2. sy pon x minat politik..tp sy bersyukur sbb blh hidup aman-damai kat mesia..x sukalah kalau ada pihak nk ganggu keamanan tu..


    psl bajet..takdak utk surirumah uwaaaa..

    BalasPadam
  3. abghani: terime je apa depa nak bagi..ehheh

    qaseh:ye ker..heheheh..ni entry umum tau, bukan nak perli awak ye..heheheh..ok nanti sy call

    rina:tu la kan..kesian surirumah..tapi utk pendapatan isi rumah kurang RM3000, krajaan nak bagi RM500 bantuan

    BalasPadam
  4. entri yang best!saya tak kerja dengan gomen, tak adalah merasa nak dapa bonus 2 bln tu tapi.............. last year is record, kita orang dapat 7months bonus!:D joli katak you!

    BalasPadam
  5. kalau bercakap tentang bonus, orang gomen memang suke la termasuk saya...tapi kesian sgt dengan org yg keje nelayan, petani yang xde pendapatan tetap...harga barang makin naik..kite yg dapat kenaikan gaji setiap tahun mungkin tak terasa sangat...tapi mereka golongan pendapatan rendah ni la ntah mcm mana la nak survive dalam jangka masa 5-10 tahun akan datang..

    BalasPadam
  6. kan aku dh ckp..syukur dgn apa yg diberi..setimpal la dgn usaha kita..Alhamdulillah...ada jgk rezeki anak2 aku dpt bonus nie...

    BalasPadam
  7. walaupun maklong bukan pekerja kerajaan.. maklong tetap bersyukur..
    sebagai peneroka pun kerajaan tak pinggirkan.. kan.. kan..
    yang penting kita hidup dalam aman dan senang nak cari makan..

    BalasPadam
  8. terima kasih kepada semua orang bukan setakat kerajaan tetapi orang yang banyak membantu kerajan

    BalasPadam
  9. ixoraroxi: fuiyoo..7 bulan tu..klau gomen dpt byk cmtu alamatnya nak kiamat.ahahah

    nuwairani; tulakan, sbb tu sy suruh kakitangan gomen ni bersyukur sbb diorng x jd nelayan or yg berpendapatan rendah

    BalasPadam
  10. cuda: yup..btul..rezki Allah

    Mak long: tu la kan..kina nak idup aman dan senang cari makan jer

    kancil: semua org ni Malaysia ni adalah penyumbang pembangunan negara

    BalasPadam

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...