Rabu, 10 Oktober 2012

CARA MENJAHIT MANIK - MANIK

Assalamualaikum..

Tergendala sesi pembelajaran kita ye.. heehheh (macamla ramai sangat nak belajar kan?). 

Ok ..topik kita hari ni berkenaan manik. Kenali dulu manik sebelum menjahit. Jangan main hentam keromo aje. Beli je apa pun jenis manik. Hasilnya nanti ada ada menangis tak berlagu. 

Manik ni banyak jenis sebenarnya. Ada yang mahal dan ada yang murah. Yang aku gunakan adalah yang mahal sebab ianya memang lebih berkualiti. Warna yang cantik.

Ini tips nak tau manik tu berkualiti ke tak
  1. Warnanya cantik dan berkilau tanpa perlu diletak dibawah lampu
  2. Saiz tiap butir manik adalah sama..tak ada yang terpanjang atau terpendek
  3. Jika dah terbeli sesuatu manik..cuba tengok keluasan lubang manik tu. Kalau sama besar..itulah yang terbaik.
Ada 2 brand yang terbaik..iaitu Apple Beads dan Miyuki. Apple Beads adalah yang terbaik..tapi harganya boleh buat orang pengsan. Mahal manik dari upah baju. Aku hanya akan gunakan Apple  Beads jika ada permintaan.

Brand Miyuki adalah yang paling sesuai dengan kos dan kualitinya juga baik. Inilah manik yang paling lazim aku guna. Dikedai-kedai manik Miyuki ni di packingkan semula dan diberi jenama lain. Tanya dulu tuan kedai..apa brand manik diorang.

Manik juga ada pelbagai jenis.Jom berkenalan (gambar dibawah ni adalah manik yang ada dalam stok aku)

 Manik silinder

 Manik Hexagon.. nama ni aku le yang bagi sebab dia macam silinder tapi bersegi-segi

 Manik Silinder 3D

 Manik Hexagon 3D

Manik Bulat

Manik Bulat 3D

Ok.Itu aje pasal manik. Apapun yang penting, manik yang aku gunakan adalah yang kualiti. Yang koman-koman aku tak guna. Tapi kalau ada permintaan nak guna yang koman..aku guna aje. Jangan menyesal dah le kalau tak sampai setahun.manik tu nampak macam manik zaman batu paleolitik.Sekian


Adeus!!!

4 ulasan:

  1. wah..banyaknya manik cikgu...berpinor mata cheqna ni =)

    BalasPadam
  2. Tak pernah jumpa lagi apple beads. Biasa saya mmg beli miyuki. Sebab yg tu je saya tau. Tapi sekadar beli je la. Manik nya tak berjahit dah 2 tahun terbengkalai. Hahah. Melampau.

    BalasPadam
  3. Wow!! Berpinar mata nengok manik ni semua...

    BalasPadam
  4. langsung tak tahu apa pasal jenis manik....tu la tertanya2 gak dlm ati kat mana depa dok beli manik yg berkualiti...

    BalasPadam

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...