Isnin, 9 Januari 2012

TRAVELOG AIRASIA

Assalamualaikum..

Semalam aku tak berkesempatan nak post kat wall biru aku ni. Aku sekarang ni (sejak kebelakangan ni) minat sangat dengan rancangan kat TV3 ni.. Travelog AirAsia.  Memang sangat berinfo. Banyak tips yang diorang bagi. Setiap Ahad, cepat-cepat aku solat maghrib, 7.30 aku standby depan tv..huhuhu..

Rasa macam best je tengok host dia yang dikenali sebagai Abang Edd tu berjalan sana-sini. So sekarang termasuk dalam wishlist aku yang aku harap dapat jejak kaki 1 hari nanti (tak tau bila) adalah Guilin, China (tempat yang paling cantik di China). Semalam diorang tunjuk tempat kat Jakarta Bandung. Aku ni sebenarnya bukan kaki shopping. Aku suka pi jalan-jalan tengok tempat orang jer. Apa yang orang ada dan tak ada. So aku tak berapa excited sangat dengan tempat-tempat shopping ni. Aku nak pergi Puncak je kalau boleh. Nak tengok kawah gunung berapi dan lain-lain permandangan alam yang tidak ada di Malaysia.

Oleh kerana kos untuk percutian yang kadang kala jika salah percaturan boleh mencecah ribu riban, so aku pun sesukahati menjoinkan diri dengan peraduan di akhir rancangan..tapi aku dah terlepas peluang ke Guilin sebab aku tak terpilih pun sebagai pemenang..sedey ooo..


Nak jawab soalan peraduan ni, korang kena tengok rancangan tu sampai habis sebab soalan dia adalah dari rancangan tu sendiri. So pada yang berminat (mana la tau kot-kot menang) jangan lupa setiap Ahad jam 7.30malam...sumpah aku tak dibayar oleh AirAsia untuk promote benda ni kat blog aku. Aku tulis sebab aku suka dan nak sharing dengan korang..

Pastu korang perlu ke www.airasia.com/travelog dan jawab soalannya di sini berserta slogan.

Tahun lepas 2011 aku dah terbang untuk bercuti di 3 buah tempat, Medan Indonesia, Kuching Sarawak dan yang terakhir adalah Beijing, China. Untuk takwim bercuti tahun ni aku plan nak ke Ho Chin Minh City..tapi tau bila..harap-harap kesampaian jugak la hajat aku. Boleh aku share pengalaman aku kat sana dengan korang semua. Ok. Sampai di sini je. Esok pulak kite citer lagi..Adeus!!!

13 ulasan:

  1. sy pon suka nk melancong tmpt org..


    tq sbb kasik info bila rancangan travelog ni ke udara..


    sbbnya sy salu baca kt paper je psl rancangan ni tp x penah tahu bila disiarkan..


    abg edd tu pegi jenjalan dgn artis kan..rs sy maya karin penah terlibat, neelofa, intan ladyana n tah sesapa lg tah

    BalasPadam
  2. wah! teruja nak pergi jejalan habiskan duit :)

    BalasPadam
  3. rina cik betty..jgn lupa tengok, ada peraduan.try la mana tau kot2 jadi pemenang.bleh melancong free..heheh

    BalasPadam
  4. dkna..bab nak habiskan duit mmg best..yg tak best tu lepas duit abis..huhuh

    BalasPadam
  5. papa mifz lak suka kan suasano pantai and laut..;)

    BalasPadam
  6. Akak dah pun senaraikan 'dream' list places to visit. Siapkan tabung, hee, hee.

    BalasPadam
  7. hajah..hehehe..bestkan kalao dpat pi cuti sama2..

    BalasPadam
  8. best akak dapat g jejalan..huhu..sy xtau lagi nak g mana pasnie...

    BalasPadam
  9. sempat gak menjeling hari tu abg edd p bandung dengan haiza..:)

    suka gak melancong..tp buat masa skang kt malaysia dulu.tak cukup budget sebenarnya.haha..

    BalasPadam
  10. tiramisu...xpe..slow2..ada rezki lebih bolehla

    BalasPadam
  11. puan kutu..hehheh..kalau kena gaya, dapat booked tiket murah, terjumpa pulak tour agensi yg bole bg harga best, boleh je nk p obersea

    BalasPadam
  12. ana..
    jom ikut maklong gi jepun.. maklong nak pergi tapi tak ada kawan.. huhu

    BalasPadam
  13. Mak long,ye ke ni?Ajak2ayam ke btol2? Nak2! Bila tu?

    BalasPadam

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...