Khamis, 12 Januari 2012

CASTOR OIL UNTUK TINGKATKAN KESUBURAN

Assalamualaikum..

Saja nak share dengan korang..Aku ada menjengah web Dr.Hamid Arshad. Saja-saja jamu mata. Beliau memperkenalkan 1 kaedah rawatan / pemulihan kesuburan. Bagi yang period ting tong bolehla cuba.. Beliau menceritakan mengenai 1 produk yang dinamakan Castor Oil..atau dalam bahasa mudahnya disebut Minyak Jarak.

Minyak jarak bila disapukan pada perut boleh membaiki penyakit-penyakit dalam usus dan peranakkan yang seterusnya boleh meningkatkan kesuburan.

Jika anda sedang mencuba untuk hamil, gunakan minyak jarak pack mulai lepas habis haid iaitu hari ke8 hingga hari ke 12. Kain tuala yang telah dibasahi dengan minyak jarak diletakkan atas perut dibahagian ari2 selama 30-60 minit. Diatas tuala berminyak letakan plastik dan diatas plastik diletakkan bag air panas (hot water bottle).

Selepas rawatan, tuala belumur minyak itu dimasukan dalam beg plastik dan disimpan dalam fridge. Ia boleh diulang pakai sebanyak 20-30 kali.

Aku pun menggatalkan tangan mencari penjualnya..sebab kat farmasi aku dah tanya, memang tak ada la kat Alor Setar ni.. At last penjualnya sendiri yang meninggalkan info di chatbox aku dan aku pun membeli cara online je. Aku bank in duit hari Selasa lepas, tengahari semalam aku dah terima. Inilah rupanya Castor Oil tu.




Manfaat minyak kastor banyak. Pertama sekali, ia menghapuskan bahan buangan dari sel-sel dan tisu di mana ia digunakan meningkatkan detoksifikasi organ-organ. Kemudian, ia mengurangkan keradangan dan membantu badan dalam membuang komponen keradangan seperti prostaglandin. Salah satu manfaat utama Minyak Jarak  adalah keupayaan untuk membantu hati menghapuskan hormon berlebihan, mengawal gula darah, dan mengambil bahagian dalam metabolisme hormon. Minyak jarak juga mudah diserap ke dalam peredaran limfa. Di sini, ia merangsang kelonggaran otot lancar saluran darah yang membenarkan aliran bebas oksigen dan bahan-bahan pemakanan untuk mencapai tisu yang lebih cekap.

Di samping itu,  minyak kastor berupaya menjadi  terapi dan  amat berkesan untuk melegakan kesakitan, mengurangkan  keradangan dan kesesakan yang berlebihan dengan melonggarkan otot licin organ-organ dalaman seperti perut, usus, pundi hempedu dan hati, dan rahim .
So pada yang berminat (bukan sekadar untuk kesuburan tapi membetulkan period yang ting tong) boleh terus call Mary - 0145641974. Harga yang aku dapat termasuk pos adalah RM44. So korang tanya dia sendiri kot-kot dia ada buat promotion pasni.Ok..Adeus!!!

25 ulasan:

  1. lelaki sesuai tk guna.minyak ni utk sapu atau makan

    BalasPadam
  2. abghani..minyak ini untuk pompuan saja ye..sbb or laki takde period..huhuhuh

    BalasPadam
  3. oo x tahu fungsi Castor Oil ni untuk kesuburan. sbb sebelom ni, ain ada involve dalam castor oil tapi tuk buat jadi minyak hitam kenderaan.. mmg minyak castor ni bagus tuk kete..
    tapi ni bukan setakat kereta.. wanita pon leh guna gak ye.. eerrmm kena cari info details ni

    BalasPadam
  4. nak kena beli jugaklah ni..
    sebab period maklong dah ting tong..
    lagi pun banyak jugak kegunaannya tu.. thanks ana bagi info ni..

    BalasPadam
  5. Ain Nazri..untuk kesuburan kereta?heheheh

    BalasPadam
  6. mak long...sms je yang nama Mary tu..nanti dia explain kat mak long..

    BalasPadam
  7. bagus jugak ek akak...xpernah tau pasal minyak nie..

    BalasPadam
  8. oooo..camtu pulak erk...ingtkn main telan je..hehe..
    kalau nak kena tunggu camtu, mau terlena..towel kemana,bag air pnas kemana..hehe

    satu info yg menarik...tq..

    BalasPadam
  9. tiramisu fatima..akak pun baru tau je benda ni

    qaseh johannya,..ala time2 tgok tv pun boleh buat..

    BalasPadam
  10. assalamualaikum pen biru...produk yg baik bagi wanitakan ..:)

    BalasPadam
  11. waalaikumsalam mama..ye la..memang bagus sebab yang merekomenkan pun org yg bagus iaitu Dr. Hamid Arshad pakar sakit puan

    BalasPadam
  12. Dr Hamis Arshad yg syor yakin sikit, sbb dia pakar sakit puan yg terkenal

    BalasPadam
  13. zefa..itula pasal..bila dah yg arif rekomen mmg percaya da yakin la..

    BalasPadam
  14. first time dgr psl minyak ni..baguslah


    mulanya sy ingt td minyak motor..itu castroll oil haha

    BalasPadam
  15. rina cik betty, sy dulu pun baca skali lalu nampak cm castrol jugak..hahahah

    BalasPadam
  16. minyak jarak ni campur dengan baking soda boleh hilangkan ketuat atau skin tag.. http://ezinearticles.com/?How-to-Remove-Skin-Tags-Fast&id=2463879

    BalasPadam
  17. kat mana sis beli ni?? ade link dia x?? thanxss..

    BalasPadam
  18. http://www.facebook.com/pages/Castor-Oil-Malaysia/278415635508997

    BalasPadam
  19. saya dengar minyak nie boleh mengurangkan desingan bagi pengidap tinnitus...

    BalasPadam
  20. http://m.facebook.com/pages/Castor-Oil-Malaysia/278415635508997?id=278415635508997&_rdr

    Sekarang harga termasuk penghantaran
    Semenanjung Malaysia RM41
    Sabah Sarawak RM43
    Mary 0162020359

    BalasPadam
  21. Minyak castor ni pun berkesan utk melebatkan rambut..kening..& bulu mata. Jadikan mcm serum :)

    BalasPadam

KOMEN YANG MURNI2 AJE ...

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...