Khamis, 5 Januari 2012

NAMA BLOG KORANG

Assalamualaikum..

Cerita pembukaan tahun baru. Sebenarnya aku nak sangat tau rahsia  maksud nama blog korang. Aku tengokkan, macam-macam nama yang pelik-pelik tapi menarik dan kadang kala langsung tak terlintas di benak fikiran orang lain..kalau korang tak malu keberatan la nak stori mori kat aku..cer citer..cer citer..

Macam aku, aku pun explain kat korang sebab dan dari mana datangnya nama Penbiru ni hinggakan Datuk Maznah Ironlady pun panggil aku Penbiru (dah jadi macam nama betul la pulak.kikikikik). Kisahnya, aku main tangkap muat jer nama ni. Tak sempat buat solat istikharah pun. Hentam saja la labu. Tapi tak sangka pulak kekal nama tu dan serasi bebenor.

*gambar dr pakcik gugel

Dan hakikatnya, aku suka menulis guna pen biru. Bila aku guna pen biru aku rasa tulisan aku amat cantik sekali (buwekkkk!!) tapi memang iyalah..arwah tok wan aku pun puji kata tulisan aku cantik..(kembang seketika). Tapi bila aku guna pen kaler hitam..mak aih, tulisan aku mengalahkan tulisan sanskrit yang kadang-kadang aku sendiri nak baca pun tak reti..pelik kan? Padahal tangan yang menulis tu adalah tangan yang sama.

Untuk pengetahuan korang, pen biru kegemaran aku masa sekolah dulu dari Form 1 adalah jenama Yosogo (yang batangnya kaler putih, muncungye kaler ikut warna dakwat). Aku kan kedekut orang susah dulu,so kena la berjimat cermat. Bila dapat biasiswa aku akan beli 1 pek pen yang 10 batang tu. (8batang warna biru,1 batang merah dan 1 batang hitam).Harganya hanya RM2.20 jer. Itulah jenama pen yang aku guna sampai la Form 5. Bila nak exam jer aku pejam mata beli Kilometriko Rubberstik (konon tak nak jari sakit masa menulis). Sebatang RM1.20 kot tak salah aku. Pada yang susah cam aku ni memang la rasa mahal..Pen Yosogo jenis tu dah takde sekarang ni..memori betol la.

Apapun, itulah nama yang kekal hingga hari ni dan aku belum rasa nak tukar nama kepada pen lain. Apapun, kalau atas report card masa sekolah aku semuanya ditulis dengan pen biru kecuali kat resault Math..sentiasa merah..huhuhuh

Itu cerita pasal nama blog aku..korang pulak macam mana?...

35 ulasan:

  1. tade nama istimewala nak boh.. hahaha.. senang guna chekgu azrine jek.. hehehe

    BalasPadam
  2. assalamualaikum Pen Biru...bagusnya dpt nama blog dr pen makin lama makin sedap bunyinyakan..

    mama mcm biasa jer nama blog dr gabungan nama mama n hubby...sebenarnya nama tu dah lama mama gunakan kat FB n bila buka blog tulis nama yg sama jer tu yg dok lekat nama Maszull sampai skg...:)

    BalasPadam
  3. maklong kan..
    sebab anak sulung.. anak2 sedara panggil maklong.. suka..!! pastu sahabat baik maklong yang orang kedah tu.. dia tukar nama fb dia makngah.. maklong terus teringin nak guna nama maklong..

    dari dapur maklong.. ingatkan dulu nak cerita apa2 yang dari dapur sahaja.. tapi ada masa ketandusan idea.. nak masak yang best hari2 dahlah modai tebal.. anak2 takmo makan.. sob2..

    la ni rasa mcm tak sesuai.. ingat nak tukar.. dari teratak maklong pulak..hehe..

    BalasPadam
  4. Salam,
    Memang betul, kreatif nama-nama blog. Akak pula sempena tempat tinggal akak di Kuantan.Selamat Tahun 2012 Pen Biru, canggih nama mu!

    BalasPadam
  5. Blog akak sempena tempat tinggal akak di Kuantan. Selamat Tahun Baru 2012, Pen Biru!

    BalasPadam
  6. i hv a pen,
    my pen is blu,
    i hv bloger fren,
    my bloger fren is u

    BalasPadam
  7. chekgu azrine:..ye la sbb awk cikgu..hehhe

    BalasPadam
  8. mama maszull..heheh..dah agak dah.hehehhe

    BalasPadam
  9. mak long..ok pe nama skarang..ana pun selesa panggil mak long, sbb ana ni rapat dgn mak long ana, bila bckp dgn mak long jer, rasas cam ana tgh ckp dgn mak long ana..persamaan mak long dangan mak long ana adalah SPORTING!..i likee..

    BalasPadam
  10. hajah noralena..oo,nama tempat ye..ok la tu.smua ada sebab masing2 kan..slmat thn baru jugak :)

    BalasPadam
  11. abghani..alamak..ni pantun ke syair..nak balas balik tak reti la.heheh

    BalasPadam
  12. kalau saya lak suka dengan pen merah,.. sebab saya cikgu, suka tanda yang merah2 kat markah murid yang menyakitkan mata.. ahaha.. asik2 nak dapat markah mahal, nah, pen merah lah jawabnya kena tanda..

    BalasPadam
  13. pen biru selalunya mmg kita guna pun..hitam pun ok juga..


    nama blog cinnamon pula,dr pokok kayu manis le..Nabi Adam bersujud diats gunung Himalaya di India selam 100 thn,Nabi Adam menangis hingga airmatanya mengalir ke lembah Saradip.Maka Allah menumbuhkan pohon2 kayu manis dan pohon2 cengkih di lembah itu dgn bersumberkan airmata Nabi Adam..Selain tumbuhan,burung2 juga menikmati airmata Nabi Adam.

    BalasPadam
  14. pen biru :: sbnrnya masa mula2 dulu..sy letak nama tu sbb xnk dikenali kwn2 msa blajar..+ konon2 nk letak nama anak..

    lastly..semua kwn2 sy dh taw, QASEH JOHANNA tu sy..n yg ironiknya..nama tu masih xde sapa yg punya..sbb tuan pny nama belom ;tercipta; pon...sedey2.. T____T

    BalasPadam
  15. GEN2MERAH...sy igt kan pasal kereta awak mopdel gen2 kaler merah.,heheheh

    BalasPadam
  16. cinnamon..menarik jugak ye sebab musabab awak guna nama tu..

    BalasPadam
  17. qasehjohanna..coming soon la tu..tunggu je..heheh

    BalasPadam
  18. ikatankasihku, tanda ikatan kasih keluarga yang berpanjangan...

    BalasPadam
  19. Al kisah nama blog awk yer. hihikss! Pen Biru,unik ! Macam MTT cuma guna BeloG MTT. Belog = Blog MTT = Ms toink toink

    Sebab munasabah dulu masa sakan berfacebooking suka sangat guna trademark 'toink toink' sampai friend list fb panggil Ms toink toink tu yang lekat kat blog tuh. Hehe :')

    BalasPadam
  20. salam kenal @ follow...den letak nama mekjangok kat blog den, mekjangok tu maksudnya lawa,cantik,cute, tp den takde ler cantik mcm erra pazira...hehhe..jom ke blog den

    http://mekjangok-inilahakuseadanya.blogspot.com

    BalasPadam
  21. Ikatankasihku..Begitulah hendaknya..Amin..

    BalasPadam
  22. saya lak:

    merpati - burung kesayangan
    purple - warna kegemaran
    kis - nama yang digelarkan

    so, bila digabungkan jadi lah nama blog saya..

    hehehe...

    BalasPadam
  23. Belog MTT..Oo gitu citernya.Slamani sy dok tpkir jgk apa mkna MTT tu..Hehe.Harini dh taula.

    BalasPadam
  24. Mek jangok..Hehe.Bahasa N9 ye.X pnah dgr pn pkataan tu sblm ni.Ok..Nanti i follow.Tq

    BalasPadam
  25. Selamat petang Pen Biru...
    cerita pasal nama blog... he he hehh panjang kisahnya!

    BalasPadam
  26. kat kilang skrg ni, wajib guna pen biru..
    nama blog saya sempena taman rumah sy dok..he he he

    BalasPadam
  27. sy walaupun lg suka pen hitam dari pen biru,sy ska baca blog pen biru.keke.

    sy dah pernah cerita mana sy dpt nama kutu..yg penting nama pen biru mmg unik n serasi dengan tuannya..:)

    BalasPadam
  28. kalau dah jemu guna "pen biru" lps ni tukar "dakwat biru' ok gak

    BalasPadam
  29. NAMA BLOG SAYA ADALAH PROBITAS ET FIDES BERMAKSUD : KESETIAAN DAN KEJUJURAN...IA ADALAH MOTTO SEKOLAH SAYA DAHULU IAITU SEKOLAH TINGGI KLANG...
    SAYA ABADIKAN NAMA ITU MENJADI NAMA BLOG SAYA

    BalasPadam
  30. kalau blog sy,nama tiramisu tu menarik maksudnye sekali..selain manis,sedap rasanya..huhu..tu jadi pilihan..

    BalasPadam
  31. Wah,mcm2kisahnye ye?Best pulak tu.Msing2ada sbb tertentu.Apepun,aku nk ucapkn tq pd smua yg sudi bkongsi crita d sini.Bukan snang tau nk tau rhsia d sbalik nama.Huhu.Tq smua.I lap u all la!

    BalasPadam
  32. Blog papa mifz sempena kelahiran Mifz ;-)

    BalasPadam
  33. Betul ! saye setuju..same la mcm saye..ble tulis gune pen biru..tulisan nampak cantek je..berseri2..hihihi..

    BalasPadam
  34. blog sy cik betty..sbb sy suka cerita betty la fea tu..lgpon dulu ada kwn sekolah gelar sy betty psl kt sekolah dulu sy hodoh berbanding sekarang :(

    BalasPadam
  35. Nama saya Faez Zainal,jadi sy pun guna lah nama sy utk blog sy... hehe...

    BalasPadam

KOMEN YANG MURNI2 AJE ...

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...