Sabtu, 14 Januari 2012

10th ANNIVERSARY

Assalamualaikum...

Alhamdulillah. Aku memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran pada Allah SWT yang telah takdirkan diri aku menjadi penjawat awam. Hari ini 14 Januari adalah hari genap 10 tahun aku berkhidmat dengan kerajaan bermakna ianya adalah tahun ke 11 aku memikul amanah negara. Bunyinya macam besar, tapi walau sekecil mana pun jawatan yang disandang, ia adalah 1 amanah yang cukup besar untuk di pikul.

AG Milik Kita Bersama..gambar terbaru, Sambutan Hari Inovasi Zon Utara..semangat nak nyanyi..lalalala

Masih segar diingatan pada awal pagi 14 Januari 2002, bagaimana aku menggendong beg baju yag berat, turun di Pudu Raya dan menapak ke Metrojaya untuk mengambil bas yang menghala ke Putrajaya..sendirian!

Sampai di Putraya aku tercengang-cengang mencari arah..dalam hati aku "eleh..mat bangla yang tak reti cakap melayu pun tak pernah sesat kat sini, takkan lah aku boleh tersesat!"..bila aku melangkah masuk ke bangunan JPA disana, aku dapati kebanyakkan yang datang melapor diri semuanya datang bersama keluarga, bukan setakat mak dan ayah, siap adik, abang, kakak, atuk, nenek, pak su mak su..bla bla bla..macam nak hantar mayat kekubur...jauh disudut hati aku, aku rasa sebak..aku sendirian di perantauan..(perantauan la sangat..)
Nasib aku baik. Aku mulanya ditempatkan di Kemas Putrajaya. Memandangkan aku tak de kenalan nak tumpang, aku berpakat dengan sorang budak yang aku baru kenal. Dia nak stay kat Putrajaya tapi dia di tempatkan di Angkasapuri..so, aku pun setujulah nak tukar dengan dia sebab aku ada sedara kat KL, bolehla aku tumpang diorang sementara. Dalam sibuk-sibuk nak buat surat tukar..ada sorang budak ni, dia ditempatkan di Kedah. Tapi tak mau dok Kedah. Dia nak dok Putrajaya..dok Kedah tak glamer katanya..so aku pun buat keputusan untuk tukar dengan dia. jadi budak yang mula-mula tadi pun kebetulan ada orang lain yang nak ke Angkasapuri.. settle la masalah aku..

Siap aje semua surat-menyurat, aku pun mengheret beg, naik bas dari Putrajaya terus ke Pudu dan ambik bas pukul 11 malam balik ke Alor Setar..Lusanya barulah aku lapor diri di pejabat aku sekarang..hingga lah ke hari ini, aku masih tercongok setia di pejabat ini..

Aku bersyukur kerana masa aku jejak kaki ke pejabat ini, 99% kakitangannya adalah orangtua hampir sebaya dengan mak aku..akulah yang paling muda..dan kini, hanya tinggal beberapa orang je lagi dan sudah berganti dengan orang-orang baru yang lebih muda..kawan-kawan aku yang lain semuanya dah pencen...

Aku bersyukur pada Allah. Walaupun hidup aku tak mewah, tapi cukup makan dan pakai, mampu beli kereta dan rumah sendiri pada umur 25tahun. Aku rasa bertuah jadi penjawat awam. Aku banyak belajar dengan orang-orang lama dan aku rasa sangat hebat beruntung kerana aku dapat menuntut ilmu dengan orang yang banyak pengalaman.

Tapi sekarang, persekitaran sudah berubah. Jauh berubah. Yang datang sebagai pegawai adalah fresh graduet yang kadang-kadang cakap pandai tapi kerja bodoh  hampeh. Sorry to say. Aku harap aku takkan jadi seperti mereka.

4tahun kerja aku dapat APC (Anugerah Perkhidmatan Cemerlang) tahun 2006. Dan aku masih di sini. Rasa nak tukar pejabat ,tapi buat per tukar kalau hanya bertukar tingkat atau blok bangunan. Insya Allah, harap-harap adalah peluang kenaikan pangkat sebab aku dah pass KPSL last year. Doakan aku yer.

5 ulasan:

  1. Semoga PB cepat2 naik pangkat..

    ps: sib baik sy dulu lapor diri suami je yg hantar, kalau tak mesti terasa dgn entry ni.. tak baik tau!! haha..

    BalasPadam
  2. Tahniah! Kita yang menurut perintah...sedia berkhidmat untuk negara....:)

    BalasPadam
  3. Zeta,hehe,klau suami hntar tu biasala,klau mak ayah hntar pn ok jgk,ni yg hntar tu smpai sbijik van,melampau tu.Huhu

    kak amie,ye bkhidmat utk negara

    BalasPadam
  4. insyallah ado rezeki naik pangkat tuh...amin..;)

    BalasPadam
  5. semoga cpt naik pgkt.Amin..:)

    sy dpt kerja tahun 2006, masa tu dah kawen n mengandungkan aiman...klu tak mesti merantau seorang diri gak macam pen biru.hehe..

    BalasPadam

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...