Rabu, 6 November 2019

SINDIKET KAD ATM

Assalamualaikum

Pesanan khidmat masyarakat dai Cyber Crime Allert Royal Malaysia Police.

*****
Berikutan kes tangkapan IPD Sentul dan berjaya merampas 72 keping kad ATM dan 52 keping sim kad..

Admin ada la membuat sedikit risikan berkenaan kes tersebut. Admin dimaklumkan bahawa ada sesetengah pemilik kad ATM tersebut mempunyai banyak akaun bank dari pelbagai bank dan akaun-akaun tersebut ada yang terbabit dengan kes jenayah. 

Ramai bertanya kenapa asyik tangkap pemilik akaun dan bukan sindiket. Kita tangkap bila ada maklumat dan hasil risikan berjaya. Berkat doa dan usaha rakyat Malaysia, Sekarang ni sindiket kad ATM, Polis dah tangkap. 



Tapi admin rasa geram juga.. Kenapa senangnya rakyat Malaysia memberi akaun bank kepada orang yang tidak dikenali?

Terdesak nak pinjam wang dari Ahlong? Kalau sekeping je bagi tak apa. Ini semua akaun bank kome buka dan serahkan. Apa keheiiinya? Dah la daftar akaun guna no telefon yang diberikan sindiket. Nampak sangat pada awal buka akaun tu dah memang niat nak serahkan kepada orang lain.

Bak kata Zizan Razak dalam lagu Ku Berserah 
"Satu dua kali salah, ada peluang lagi
Tapi jadi tiga kali, mana lagi mahu lari ..."

Jadi, JANGAN JADI KELDAI AKAUN!

Nah baca.. jangan kata hebahan tentang taktik sindiket ni tak cukup dihebahkan. Semua akhbar dah cover. Antara mahu baca atau tidak sahaja. 

1. Tujuh ditahan terlibat 'Ah Long', Macau Scam
https://www.utusan.com.my/berita/jenayah/tujuh-ditahan-terlibat-ah-long-macau-scam-1.969515

2. ‘Ah Long’ guna akaun peminjam buat jenayah penipuan
https://www.utusan.com.my/berita/jenayah/8216-ah-long-8217-guna-akaun-peminjam-buat-jenayah-penipuan-1.969584

3. Seven arrested over loan scams
https://www.thestar.com.my/news/nation/2019/09/12/seven-arrested-over-loan-scams

4. Police arrest seven members of Ah Long, Macau Scam syndicates
 http://www.bernama.com/en/news.php?id=1766907

#beSmart
#CyberCrimeAlert
#PDRM
#MuleAccount

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...