Isnin, 11 November 2019

MY BARIATRIC JOURNEY : #11 TCA HOSPITAL KUALA LUMPUR

Assalamualaikum.

Hari ini aku ada appoinment dengan Dr.Tikfu kononnya. Bersemangatlah aku bangun 3.30pagi, keluar rumah 4.15pagi ke HKL.

Perjalanan lancar. Sampai di HKL pukul 10.30. Parking kat parkir bertingkat. Puas jugakla menapak ke Kompleks Pakar dan Rawatan Harian. Tapi aku ok je.



Aku dan suami melepak-lepak dalam kawasan hospital. Lepas makan naik ke tingkat 2. Kalau naik lif, ke kiri. Cari Klinik Pembedahan. 




Pukul 1.30petang, staf kat kaunter keluar letak bakul tulis "Temujanji Pukul 2". Berebut-rebut orang pergi letak kad dalam bakul tu. Aku tunggu semua orang duduk,baru aku pergi tanya. Staf bagi aku borang,isi nama,alamat dan nombor, kelip sekali dengan surat rujukan dan GL dan letak balik dalam bakul tadi.



Dalam 10minit  nama dipanggil dan bagi kad klinik berserta nombor. Dalam pukul 2.15 macam tu,nombor aku dipanggil ke bilik 16. 

Hmmmmm...mimpilah nak jumpa Dr.Tikfu.. jumpa doktor lain lah.. tak pelah. Dah sampai pun aku kat sini.

Bincang punya bincang,dia kata dia terima aje result test yang aku buat di HSB tu. Tapi paling cepat untuk operation,bulan 1 tahun depan. Oklah. Balik nanti siapkan semua test, 12.12.2019 aku pergi HRPB, tengok apa pulak doktor sana nak cakap. Mana yang boleh bagi aku opertion cepat,aku on aje.

Sebelum balik aku mintak la mc. Nurse kat sini tersangatlah ok..apa-apa dia mintak aku call dia.

Siap semua..dalam pukul 3..suami aku pulak menyembang dengan kawan lama dia..dan sekarang aku update blog sambil tunggu diorang membawang..

Apapun..13hb ni,bersedia untuk sleep test pulak..


Bersambung.


1 ulasan:

  1. Boleh puan whatssap sy x...013 3818 013 Sy perlukan pertolongan puan dlm hal ni

    BalasPadam

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...