Selasa, 5 November 2019

PENIPUAN NOMBOR TAC

Assalamualaikum

Pesanan khidmat masyarakat dari Cyber Crime Allert Royal Malaysia Police 

****

Wang berkurang dalam akaun tanpa anda sedari ?!

Admin ada terbaca beberapa kes tentang wang dalam akaun berkurang walaupun mangsa enggan menyerahkan maklumat TAC kepada saspek selepas terima whatsapp atau panggilan daripada individu tidak dikenali.

Dalam beberapa kes yang disiasat, jika perkara ini berlaku, kebiasaannya wang dalam akaun tersebut telah dipindahkan ke akaun favorite yang telah mangsa kemaskini di dalam internet banking mereka. Kebiasannya adalah akaun keluarga atau syarikat untuk membayar bil.

Jika anda adalah salah seorang mangsa... Sila ambil langkah-langkah berikut:-
1. Segera hubungi call center bank seperti yang tertera di belakang kad ATM anda.
2. Batalkan perkhidmatan perbankan internet anda.
3. Pergi ke bank berhampiran untuk mendapatkan pengetahuan awal ke mana wang telah dipindahkan. 
4. Buat laporan polis di balai berhampiran.


Pastikan anda menyimpan butiran no whatsapp atau no telefon yang menghubungi anda dan meminta no TAC dari anda. Catatkan masa dan tarikh panggilan tersebut diterima.

Antara langkah-langkah pencegahan yang boleh dibuat adalah:-
1. Set kata laluan perbankan anda menggunakan huruf besar dan kecil, nombor dan simbol. 
2. Elakkan menggunakan kata laluan no plat kenderaan, no hujung kad pengenalan, tarikh hari jadi atau nama anda.
3. Jangan kongsi kata laluan, username atau no TAC kepada orang lain.

#CyberCrimeAlert
#PDRM
#TipuNoTAC
#BeSmart
#Awareness

1 ulasan:

  1. pernah terbaca juga, bahaya btul, dorg ada no ac kita sekali dgn no hp kita, risau

    BalasPadam

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...