Isnin, 18 November 2019

MY BARIATRIC JOURNEY : SLEEP APNEA

Assalamualaikum.

Pada yang mengikuti catatan aku, semalam aku ada tulis mengenai keputusan sleep test yang aku lakukan di rumah. Keputusannya aku mengalami 12 kali nafas terhenti ketika tidur. Rupa-rupanya itulah yang dinamakan Sleep Apnea. 

Apa itu Sleep Apnea ? Ini penjelasannya. 

Pic credit : Mayo Clinic News Network


*****
Rujukan dari web Kementerian Kesihatan Malaysia.

Sleep Apnea ialah berlakunya nafas terhenti ketika tidur selama 10 saat atau lebih.

Terdapat 4 tahap bergantung kepada jumlah kekerapan apnea (gangguan nafas terhenti) dan kadar pernafasan yang rendah (hypopnea) dalam setiap jam dan ianya berlaku antara 5 ke 50 kali.
  1. NORMAL - Kurang daripada 5 kali dalam sejam
  2. RINGAN - 5 ke 14 kali dalam sejam
  3. SEDERHANA - 15 ke 30 kali dalam sejam
  4. TERUK - lebih 30 kali dalam sejam

Ianya boleh dilakukan dengan melakukan ujian tidur "Sleep Study" atau "Sleep Test"  Polysomnography samada di hospital atau di rumah.


Ada 3 jenis Sleep Apnea iaitu;
  1. Obstructive Sleep Apnea - OSA
  2. Central Sleep Apnea
  3. Mixed Sleep Apnea


Berikut informasi mengenai OSA yang berlaku tiga kali lebih banyak kepada lelaki daripada wanita pada usia lebih 30tahun.

PUNCA OSA
●Kegemukan,leher pendek dan besar, dagu kecil
●Sumbatan dalam hidung, mulut dan tekak (pembengkakkan tonsil atau lidah yang besar)
●Alkohol
●Hormon tiroid serta kelenjar tiroid yang besar
●Ubat seperti pil tidur dan ubat penenang
●Merokok

BAGAIMANA OSA TERJADI
Ketika tidur,lemak di bahagian leher akan menekan saluran udara yang separuh tersumbat atau sempit  menjadi bertambah sempit. Pernafasan akan terhenti beberapa ketika sehinggalah otak mengesan kadar oksigen yang rendah.

Otak akan menghantar signal kekurangan oksigen. Pada masa inilah pesakit akan menjadi separuh sedar berdengkur dan cuba bernafas sekuat mungkin untuk mendaptakan oksigen sebelum tidur semula.

Kebanyakkan kes,pesakit tidak sedar perkara ini berlaku. Keadaan ini akan berulang beratus kali setiap malam dan menyebabkan tidur terganggu serta mengantuk dan letih apabila bangun tidur.

TANDA DAN GEJALA OSA
●Berdengkur kuat
●Mengantuk,letih dan lemah di siang hari
●Kerap mengubah posisi semasa tidur
●Rasa lemas ketika tidur
●Kurang tumpuan
●Pemarah
●Lemah batin
●Sakit kepala waktu pagi
●Perasaan tak keruan
●Tidur bukan pada waktu yang sepatutnya

RISIKO
●Darah tinggi
●Serangan sakit jantung
●Strok (angin ahmar)
●Kemalangan jalanraya

RAWATAN & PENCEGAHAN
  1. Kurangkan berat badan.
  2. Tidur pada waktu yang betul.
  3. Cara tidur yang betul dengan meninggikan kepala
  4. Elakkan mengambil alkohol,pil tidur atau ubat penenang.
  5. Berhenti merokok.
  6. Rawatan tiroid sekiranya berpunca dari masalah tiroid.
  7. Tidur mengiring (tidur melentang boleh menyebabkan apnea semakin teruk).
  8. Menggunakan alat bantuan CPAP,BPAP atau MOUTHGUARD jika OSA teruk.
  9. Pembedahan jika penggunaan alat tidak berkesan.
*****

Alhamdulillah, dengan info yang aku dapat ni,dapat menambah ilmu dan membolehkan aku lebih tahu tentang masalah diri yang diri sendiri pun tak sedar ianya berlaku. 

Demi bariatrik..macam-macam pulak penyakit yang aku jumpa.

Tiada ulasan:

Catat Komen

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...