Ahad, 10 November 2019

MY BARIATRIC JOURNEY : #10 ULTRASOUND

Assalamualaikum.

Harini appoiment untuk buat ultrasound pukul 12.50. Aku pergi kerja dulu, pukul 11.00 aku bertolak dari pejabat. Serik dah aku kalau keluar ontime,bukan apa, takut berpusing-pusing cari parking. Sampai awal tak apa.

Sebelum buat ultrasound, aku kena puasa sekurang-kurangnya 6jam. So, last aku makan semalam pukul 7. Lepas tu berpuasalah aku sampai pukul 1..pedihnya perut ya rabbi..harini setitik air tak minum. Malam tadi last minum sikit pukul 11malam sebelum tidur.

Sampai kat HSB, aku lepak dulu. Pukul 12.30 barulah aku ke Jabatan Pengimejan dan Diagnostik. Pergi kat kaunter dan serahkan surat appoiment



Dapat nombor dan tunggu.

Staf di kaunter suruh tunggu depan bilik No.6. Sebelah kanan tak jauh dari kaunter. Lebih kurang pukul 1.15, barulah nombor dipanggil.

Kejab aje ultrasound ni,cuma menunggu giliran aje lah yang lama sikit. Doktor yang buat ultrasound tu cakap semua ok cuma hati aje ada lemak sikit.. huhu.

Ok..siap aje, terus minta time slip dan balik..singgah beli makan dulu..lapar gile.

Ok,esok aku akan bertolak ke HKL pulak. Nantikan aje sambungannya.

Tiada ulasan:

Catat Komen

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...