Selasa, 26 November 2019

INFO KESIHATAN : PANTANG IBU BERPANTANG

Assalamualaikum

Info menarik ini dikongsikan dari catatan doktor pakar yang memang betul-betul pakar. Tak perlu dinafikan apalagi dipertikaikan. Beliau ialah Prof.Dr.Imelda Balchin. 


Soalan:
“Doc, bagaimana cara berpantang terbaik selepas bersalin?”

Jawapan saya:
1) Pantang merokok. Berhenti merokok. Suami berhenti merokok. Semua ahli keluarga serumah berhenti merokok. 

2) Pantang minum alcohol dalam masa dua jam sebelum ibu menyusukan bayi.

3) Pantang makan makanan yang ibu memang ada alahan. Kalau tak ada alahan, tak payah pantang makanan berkhasiat.

4) Pantang makan ikan besar laut dalam yang tinggi kandungan mercury, seperti ikan jerung, ikan cod, swordfish, tuna, marlin, king mackerel.

5) Pantang menghadkan ibu minum air - Boleh minum 2-3 litre sehari, tidak kira sejuk, suam, panas atau berais.

6) Pantang makan berlebihan, Pantang makan terlalu banyak garam, Pantang makan atau minum terlalu banyak gula, Pantang makan makanan berproses.

7) Pantang makan ubat kurus.

8)Pantang membuat sex, sehingga darah nifas kering. Pantang menggunakan tampon, Pantang meruang atau meletak apa produk dalam vagina. 

9) Untuk wanita Islam, pantang solat dan berpuasa sehingga darah nifas kering. 

10) Pantang mengangkat berat melainkan mengangkat bayi anda sendiri. 

11)Pantang memandu kereta sehingga anda boleh tekan brek kecemasan dengan serta-merta tanpa rasa sakit. 

12)Pantang sentuh luka tanpa membasuh tangan dan tanpa menjaga kebersihan tangan. Tak payah pantang makan untuk menjaga luka. 

13)Pantang tidak menjaga kebersihan diri. Pantang tak mandi. 

14) Pantang pakai baju atau bengkung ketat-ketat di atas luka, sehingga luka sembuh. 

15) Pantang merawat diri sendiri jika ada pendarahan banyak, rasa nak pitam, muntah-muntah atau sakit kepala, demam, sakit perut, lendir dari vagina yang berbau, masalah pernafasan, kaki menjadi bengkak merah atau sakit, masalah emosi - Sila berjumpa dengan doktor di klinik. Jangan tanya di media sosial dan jangan PM doktor di media sosial. 

16) Pantang tidak berjalan dan tidak membenarkan pengaliran darah dengan berjalan. 

17) Pantang stress tentang apa kata orang. 
Anda ialah seorang ibu tidak kira kaedah anda bersalin, tidak kira berapa lama anda bersalin.

18) Jangan benarkan ramai-ramai orang datang mengunjung. Siapa nak datang tunggu selepas masa berpantang. 
Anda perlu masa untuk menyusukan anak dan masa untuk rehat bila bayi tidur. 

19)Pantang beli produk-produk yang anda tidak mengetahui bahan kandungannya atau kesan sampingannya. 

20) Pantang pil oestrogen jika menyusukan bayi. Pantang beli ubat-ubat sendiri semasa menyusukan bayi tanpa nasihat doktor. 

21) Pantang Penerbangan jarak jauh (4 jam atau lebih) pada 6 minggu pertama selepas bersalin. 

22) Pantang bagi bayi makanan atau minuman melainkan susu ibu atau susu formula untuk bayi. 

23) Pantang suruh ibu pantang makanan berkhasiat jika bayi kuning jaundice. 

24) Pantang tertidur bersama bayi. Sudah banyak kes kematian bayi akibat ibu tertidur atas bayi. 

25) Pantang bayi tidur meniarap. 

26) Pantang minta pendapat perubatan di media sosial. Pantang bertanya masalah perubatan anda dan bayi anda di laman saya. Pantang hantar PM di Facebook doktor untuk bertanya masalah kesihatan anda atau bayi anda. Sila berjumpa doktor di klinik untuk apa-apa masalah kesihatan diri sendiri atau bayi. 

27) Pantang membuli ibu-ibu yang baru bersalin mengikut Pantang tradisi jika ibu memilih mengikut nasihat perubatan dan nasihat kesihatan dari doktor. Pantang memaksa ibu-ibu beli jamu. 

Makanan berkhasiat lain tak payah pun pantang. Dah cukup dah tu semua, tak payah bagi ibu stress!

Dr Imelda Balchin
Consultant Obstetrics & Gynaecology
Subspecialist in Maternal and Fetal Medicine 

Last sekali. Saya pantang orang panggil saya pakar perbidanan. Bidan tu midwife. Saya bukan midwife. Saya doktor Obstetrics & Gynaecology. Perbidanan dan Obstetrics itu tidak sama. Siapakah lagi pakar perbidanan kalau bukan bidan bertauliah itu sendiri. Jangan kata orang yang bukan bidan tu doktor bidan melainkan beliau ialah bidan bertauliah yang ada PhD . Jangan kata tukang urut itu bidan dan jangan kata confinement ladies itu bidan. Tukang urut dan confinement ladies tu pun bukan midwife dan bukan bidan bertauliah. Terimakasih.

1 ulasan:

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...