Rabu, 20 Jun 2012

DISCO TERBESAR DI ALOR SETAR !

Assalamualaikum..

Terkedu rasanya bila terlihat iklan banting yang mempunyai lesen pengiklanan dari MBAS ini tergantung di sana sini...di tiang-tiang lampu yang kebanyakkannya tiang di tengah pembahagi jalan! Memang tiada halangan   untuk melihatnya..malah ianya pula yang menghalang pandangan pengguna jalan raya. Bukan soal halangan itu yang aku nak ceritakan..tapi lebih kepada kekecewaan.


Lesen pengiklanan dari MBAS ada di lekatkan di banting ini..kalau korang nampak, ada dekat siku wanita dalam iklan tu (warna hijau)

Disco ni bakal dibuka berhampiran kawasan perumahan dan dekat dengan kawasan kampung..Agaknya anak muda kita yang baru nak mengenal dunia, teringin nak masuk??

Alor Setar ni bukan besar mana pun. Melayu lagi ramai dari bangsa lain. Bila ada disco, wajib ada arak dan  GRO..berserta maksiat!

Inikah yang mereka perjuangkan..aku sedih tengok negeri aku jadi macam ni. Tahniah kerajaan negeri. Aku amat kagum dengan kalian!

*speechless...

12 ulasan:

  1. hah??!!!....tak tau nk cakap apa

    BalasPadam
  2. Salam Kenal Pen Biru.

    Akak tak faham jugak dengan isu disco ni...speechless.

    BalasPadam
  3. macam nak ajak org beramai2 pegi disko lak dah wat promosi cam2...xptt diluluskan...;(

    BalasPadam
  4. sepatutnye benda ni tak perlu di buka kat kawasan yang majoriti nye adalah masyarakat yang beragama islam...tak kan nak tunggu bala turun baru nak sedar..ermmm..susah zaman skang ni...

    BalasPadam
  5. hishh..dah macam bukan kat negara kita dah tengok...sabor je lah..

    BalasPadam
  6. baik buat kat tengah bendang...dah mabuk2 terus berkubang.....

    BalasPadam
  7. dinamakan "kemajuan" bagi sesuatu negeri.. hahahahha

    BalasPadam
  8. Kwn x penah lg masuk disco...hehe.

    BalasPadam
  9. assalamualaikum pen biru...wow disko terbesar yer makin ramai la yg dok melepak kat situ...:)

    BalasPadam
  10. assalam
    disko terbesar di KEDAH..wow congrat to Kerajaan Kedah ye, itulah yg dibangga oleh sebilangan manusia yg cintakan Islam
    kEDAH sekarang dah bertambah maju dan masyur gamaknya kan . ohh Kesiannn nasib baik Perak Negeriku terselamat dari bertukar kepimpinan kaler Hijau he he

    BalasPadam
  11. salam pen biru..
    ahh..betul,saya pun ada nmpk banner ni masa ronda2 kot alor star..
    adoyai..x tahulah nak komen camne yer..

    BalasPadam

KOMEN YANG MURNI2 AJE ...

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...