Isnin, 18 Jun 2012

MEREKA INI BAHAGIA

Assalamualaikum..

3hari tanpa entri. Memang sibuk terpaksa menyiapkan 4 helai baju serentak. Hari cuti digunakan sepenuhnya untuk menjahit...

Pagi ni aku menjengah page Datuk Maznah my idol aku tu..dan aku tertarik dengan postnya..berikut adalah post dari Datuk Maznah...


SUAMI MITHALI...BAPA MITHALI

Sungguh terharu pabila membaca akhbar Harian Metro 13 Jun lalu. Sempena hari Bapa, mari kita hayati kisah pengorbanan dan kasih sayang seorang suami. 

“Biarpun diri kami dimamah usia, tetapi tetap bahagia meskipun kesihatan tidak mengizinkan keluar bersiar-siar seperti pasangan lain.

“Dalam keadaan ini, memadai menghabiskan usia ini dengan berkasih sayang di dalam rumah,” kata Samsudin Desa, 72.

Samsudin, dari Kampung Jenalik Siput, Mukim Siong, di sini, yang sakit lutut dan darah tinggi, terpaksa menghabiskan usia bersama isterinya, Putih Chendra, 83, kerana kedua-duanya semakin uzur dan hanya mampu mengengsot di dalam rumah.

Malah, Putih hanya terbaring dan duduk di tempat tidur sepanjang masa akibat usia yang semakin lanjut.

Samsudin berkata, dia hanya mengengsot di dalam rumah dan menggunakan kerusi roda untuk bergerak kerana isterinya tidak boleh lagi melakukan kerja rumah dan duduk di tempat tidur sepanjang waktu.

“Dia (Putih) tidak boleh melihat kerana kedua-dua matanya rabun, malah mata kirinya dibedah empat tahun lalu. Isteri saya juga tidak boleh mendengar dengan jelas selain menghidap sakit jantung.

“Sayalah yang menguruskan semua di dalam rumah walaupun dengan mengengsot termasuk memandikan isteri kerana kasih sayang saya tidak pernah berbelah bagi meskipun usia kami semakin uzur dan menjaganya selagi hayat masih ada,” katanya yang ditemui di rumahnya, di sini, semalam.

Ya Tuhan, terfikir oleh ku. Apakah ada lagi 'Species' insan yg. bergelar Suami dan Bapa seperti ini? .

Semoga Suami ku. Bapa kepada Anak2 ku pun akan rela jadi begitu di hari tua kami kelak. InsyaAllah.



***************************



Aku setuju dengan pendapat beliau.dan aku memang cemburu dengan mereka..Kebanyakkan orang lelaki sekarang lebih memilih dunia dari akhirat. Nak makan sendiri pun tak lepas, anak isteri baju tak bersalin baru pun ada hati nak pasang 2-3, punyalah tak sedar diri!. Malas nak komen perangai lelaki zaman sekarang (bukan semua tapi sebahagian besar )..so malulah dengan diri sendiri kalaupun tak malu dengan Allah!

12 ulasan:

  1. setuju sangat pen biru.. banyak laki skang suka lepas tangan bila tahu isteri bekerja,..isteri ada duit sndiri..huhu

    BalasPadam
  2. bertuahnya dapat suami mcm ni...dah berusia pn masih menyayangi xberbelah bg..mana nk dapat lelaki cm tu sekarang?ada tp susah nk jmpa dah...dah makin pupus kot.

    BalasPadam
  3. untung isterinya dapat suami macam tu...

    BalasPadam
  4. kasih sayag hingga ke hujung nyawa... hope ak po leh jadi cam ni lah suatu hari nanti :)

    BalasPadam
  5. assalamualaikum pen biru...memang kesian keduanya tu sedih jer tengok...:)

    BalasPadam
  6. sshnye njk cr lelaki spt tu skg rsnye..sungguh terharu bl mbcnyer..

    BalasPadam
  7. tak percaya kalau ada lg suami yg species seperti di atas..

    kita tggulah bila kita mcm tu nanti..mgkin suami kita kut..mudah-mudahan..

    BalasPadam
  8. papa mifz akan cubo jadi suami yg terbaik untuk isteri dan ayah yang baik untuk anak-anak..insyallah...:)

    BalasPadam
  9. ade ade.. saya saya!!!!
    saya! uhurk3!! ehehe :)

    BalasPadam
  10. saya setuju...moga saya & suami jugak dapat menjadi sehati sejiwa seperti mereka

    BalasPadam
  11. untung dan bertuahnya bila dapat lelaki dan suami macam nie

    BalasPadam

KOMEN YANG MURNI2 AJE ...

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...