Selasa, 13 September 2011

TIPS MENGIRA UPAH MENJAHIT MANIK

Assalamualaikum...

Kali ni aku nak citer mengenai tips mengira upah menjahit manik. Entry ni aku buat sebab ada yang mengatakan upah menjahit manik adalah mahal.  Hakikatnya tidak, sebab harga yang dikenakan adalah murah sebenarnya..

Caj untuk jahitan simple 5% , rumit 10% dan super rumit 20% dari harga manik dan upah.
So cara aku mengira seperti berikut:

CONTOH:

1.) Jika menggunakan 4 bungkus manik Gred A (1 bungkus harga purata RM5.00)
     4bungkus  X  RM5.00 = RM 20.00 (ini adalah HARGA MANIK SAHAJA)
     upah adalah mengikut harga manik(material yang digunakan)  RM20.00
     RM20.00 (harga manik) + RM 20.00 (upah) = RM40.00
     Jika :
             Jahitan simple : RM40.00 + 5% (RM 2.00) = RM 42.00.
             Untuk kes ini aku akan bundarkan harga , so harga yang ditetapkan adalah RM 45.00 sahaja.

Jika di hitung balik, berapa kos upah kesuluruhan dapat disimpulkan :
Harga keseluruhan  RM 45.00 - kos bahan RM 20.00 = RM 25.00 ( inilah yang tukang jahit dapat untuk sehelai baju..)


2.) Jika menggunakan 4 bungkus manik Gred A ( 1= RM5.00) , 4 bungkus labuci ( 1= RM3.00) dan 1 bungkus manik pearl ( 1 = RM3.00)
      4bungkus  X  RM5.00 = RM 20.00 (ini adalah HARGA MANIK SAHAJA)
      4bungkus  X  RM3.00 = RM 12.00 (ini adalah HARGA LABUCI SAHAJA)
      1bungkus  X  RM3.00 = RM  3.00 ( ini adalah HARGA MANIK PEARL SAHAJA)
      RM 20.00  (harga manik)  + RM 12.00 (harga labuci)   +  RM 3.00 (harga pearl) = RM 35.00
      maka harga UPAH sahaja adalah RM 35.00,
      Jadi RM 35.00 (harga manik & labuci)  +  RM 35.00 (upah) = RM 70.00
      Jika :
             Jahitan rumit : RM 70.00  +  10% (RM 7.00) =  RM 77.00
             Harga dibundarkan menjadi RM 80.00

Berapa tukang jahit dapat??? 
Harga keseluruhan RM 80.00 - RM 35.00 (kos bahan) = RM 45.00 sahaja.(inilah yang tukang jahit dapat)

Ada sesetengah tukang yang mengenakan caj tambahan untuk benang, minyak kereta, dan lain2..tapi kalau tukang tu caj pun, pelanggan tak berhak soal sebab nak p beli manik pun takkan nak jalan kaki,ye tak?  dah tu jahit pulak takkan tak guna benang? Adakah benang itu jatuh dari langit?

Ada yang lagi best, mana2 pelanggan yang bagi baju last minit dan nak cepat siap, ada tukang yang caj extra lagi. Yela..nama pun nak cepat siap..so kena terima lah. Bukan senang nak kutip manik tu sebijik2 sampai jadi bunga. Tu pun ada jugak yang gamak minta diskaun..

So , mahal lagi ke kalau nak compare kan dengan hasil jahitan yang memakan masa berhari2, bersengkang mata siang dan malam? Korang sanggup ker??..So selepas dari penerangan ni, diharap tiada lagi rungutan yang mengatakan kos untuk upah menjahit manik adalah mahal. Berbaloi atau tak dengan apa yang seorang tukang jahit hasilkan dengan upah yang diterima?  Sama2 la kita fikirkan.

*gambo ini tiada kena mengena dgn entry. cilok dari incik gugel..hikhikhik

Memang orang nampak macam mahal. Yela , sehelai baju bermula dari RM 20 dan kadang2 mencecah RM 200 pun ada, tapi pelanggan kena ingat, separuh dari nilai itu adalah kos bahan sahaja, tak termasuk yang lain-lain lagi. Dan tak hairanlah , kalau pelanggan upah jahit di butik, boleh mencecah ratusan malah ribuan ringgit..diorang tu lagilah, nak bayar gaji pekerja lagi, sewa kedai lagi, bla bla bla bla...

So para pelanggan kena faham dan nilai balik, hasil jahitan itu sendiri. Kalau tak mampu, baik jangan upah kalau di belakang orang, anda rasa tak puas hati sebab pada pendapat anda, kos upah itu amat mahal. Janganlah sampai ada yang mintak diskaun pulak.

Cuba korang kira balik, berapa nilai 1 jam seorang tukang jahit yang bersengkang mata tu dapat..Kita ambil Contoh 1 di atas..Kos UPAH SAHAJA adalah RM 20.00. Katakan dia mengambil masa 10jam untuk siapkan jahitan tu..agaknya, berapa upah beliau  untuk 1 jam? ..ya.. hanya RM 2.00 SAHAJA untuk 1 JAM!  .adakah itu dikira MAHAL ?.Korang sanggup ke dibayar RM2.00 sejam untuk memungut manik sebesar pasir tu untuk dijahit ?  Tepuk dada tanya iman.

Ini adalah tips dari aku , cara nak kira. Mungkin ada cara mengira yang lain. Tapi jumlahnya tetap lebih kurang sama saja. So, tolong jangan pertikai harga bila baju anda siap. Kalau tak mampu, tak yah la nak memanikkan baju. Biar ja baju tu kosong. Tak salah pun..

Okla..aku harap entry ni bagi manafaat pada tukang2 jahit manik diluar sana dan memberi info kepada para pelanggan dan bakal pelanggan di luar sana. Sesungguhnya, hasil dan karya sesebuah seni itu adalah tidak dapat dinilai dengan wang ringgit. aku berhenti di sini dulu..Adeus amigos!!
    

25 ulasan:

  1. aku setuju...klu murah mmg tk berbaloi..nk murah lagi jahit sendiri..heheheh

    BalasPadam
  2. dulu masa saya tak berjinak2 dengan jahit manik ni,saya pun berfikiran sempit..tapi bila merasa sendiri menjahit manik,saya rasa harga yang diberikan itu cukup berbaloi dengan tenaga dan masa yang telah digunakan..

    BalasPadam
  3. betol tu..dh buat baru tau.tapi masih ada jgak yg teringinn nak kita jahit.bila kita letak harga, muka dah mencuka..pelik betol

    BalasPadam
  4. nak murah mmg kena jahit sendirila..heh heh.tp ade jugak yg tak puas hati,mula2 tempah penuh baju ngan manik dan labuci.hantar baju yg kelima dah jadi sikit sangat.jarak dan jarang2...huhu.camner tu?

    BalasPadam
  5. hana merah jingga..ikut tailor jugak tu..danjugak kena ikut harga manik di pasaran.

    BalasPadam
  6. salam akak,,nak copy tentang pengiraan ini,,blh??

    BalasPadam
  7. salam akak,,

    blh sy copy teknik mengiraan ini,,pls ^^

    BalasPadam
  8. terima kasih utk info ni..sy pun pening kepala kalau nak letak harga..hehehe

    BalasPadam
  9. Sy ni pun jenis serba slh nk letak harga..kdg2 tkt mahal sgt..tp..lps bersengkang mata,rs cm xberbaloi klo letak harga murah..pd sy,harga memanik ni mahal bkn kt manik tu,tp tenaga kite tu yg berharga,pastu kpale otak yg memerah idea ni pn sbnrnye kene letak harga..tp ble dh tgk hasil yg jd tu rumit,pandai plak ckp "gigihnye awak jahit,klo sy ni,xmampu la"..grrr..hahaha..luahan hati plak tetibe kt cni..nway,sy mtk izin copy blh x..:)

    BalasPadam
  10. pening gak nak tentukan harga upah @.@. thanks for the info

    www.manikmanikveil.blogspot.com(tempahan wedding veil dan jahitan manik baju kurung)

    BalasPadam
  11. nice..like it..thanks kongsi tips kira upah jait manik..sbelum ni sy pening mcm mna nk letak hg jahitan manik... :)

    BalasPadam
  12. nice..like it..thanks kongsi tips kira upah jait manik..sbelum ni sy pening mcm mna nk letak hg jahitan manik... :)

    BalasPadam
  13. Assalam, jika I nak contact you, macammana??
    I berminat nak hantar tempahan..

    BalasPadam
  14. Assalam, how can I contact you??
    I'm interested nak hantar tempahan..
    Thanks

    BalasPadam
  15. Salam..mohon share tip mengira upah ni ya..

    BalasPadam
  16. Salam..mohon share tip mengira upah ni ya..

    BalasPadam
  17. Salam..mohon share tip mengira upah ni ya..

    BalasPadam
  18. Terima kasih.Memang sgt membantu nak letak harga.

    BalasPadam
  19. Terima kasih atas panduan.Memang membantu.Setuju dgn washura.Sengal pinggang ni.Baju manik ready made mmg mcm murah tapi tengoklah kualiti maniknya.Pulak tu manik banyak kat leher dan dada.Kita ni ramai yang bertudung.Bukan nak menunjuk.Tapi fitrah wanita memang suka pada yang cantik.

    BalasPadam
  20. Terima kasih.Memang sgt membantu nak letak harga.

    BalasPadam
  21. Salam mohon share ye Cara pengiraan Ni...

    BalasPadam

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...