Rabu, 28 September 2011

SIAPA YANG SINGGAH BLOG AKU?

Assalamualaikum...


Aku bukanlah penulis blog sepenuh masa, tapi aku hanya memenuhkan masa dengan menulis blog. Cerita aku pun biasa-biasa je. Aku mula menulis kalau nak di ikutkan dari 2008. Tapi terpaksa berhenti atas sebab-sebab yang tak dapat di elakkan hingga aku terlupa password. Dan akhirnya pada Mac 2011 aku nekad untuk memulakan kembali penulisan aku ni.

Saja-saja aku check statistik pengunjung yang sudi bertandang ke blog aku dalam masa 7 bulan..pengunjung baru nak cecah 6000 orang yang terdiri dari orang yang berlainan dan kebanyakkan sudah tentu orang yang sama.  Bila di tengok balik..emm rupa-rupanya ada jugak pengunjung dari negara barat dan timur..

kalau dah tak nampak sebab kecik..klik je gambo tu ..nanti dia besau sendiri le


Banyaknya pengunjung dari Malaysia la. Kalau dari Brunei aku tak tahu siapakah gerangan dan apakah yang mereka cari dari blog aku sebab aku tak pernah sebut nama Brunei sebelum ni (ni baru aku nak sebut) atau buat apa-apa entry pasal negara Brunei yang kaya raya tu (dulu cita2 nak kawen dengan orang Brunei hikhikhik). Begitu jugak dengan Singapore. Tapi aku tak risau sangat sebab kebanyakkan warga Brunei dan Singapore faham bahasa Melayu..

Aku ada buat entry mengenai Indonesia yang aku dah jejakkan kaki pada Mac lepas. Ceritanya DiSINI  So, aku tak hairanlah kalau ada pengunjung blog dari sana. Begitupun aku tak risau juga sebab bahasa Malaysia boleh difahami oleh orang Indonesia.

Ada juga pengunjung dari Jepun. Tapi aku rasa aku tau sape orang tu..tu mesti BFF aku yang menetap di Hiroshima  tu. Tapi mungkin juga orang lain. Begitu juga dengan pengunjung dari US, UK, Rusia, Thailand, Jerman..cuma aku kesian kat diorang sebab diorang memang takkan faham apa yang aku tulis melainkan diorang tau dan faham Bahasa Melayu..kesian betolla kan..huhuhu..

Aku anggap ajelah diorang datang jalan-jalan tengok gambar apa yang aku upload. Dan untuk diorang , aku nak speaking sikit..


"Thank you for visiting my blog. I know, you don't understand the contents, but am glad that you are willing to see what is written by me and the pictures/photos that I upload. I hope you are willing to visit it again. I'm sorry because I use my own language instead of English.  I am proud to be a Malay and a Malaysian. Thanks all."


*malu nak ngaku BI aku TESL tahap 4..hahah..adeus!!!

14 ulasan:

  1. biasanya kt luar negara pelajar malaysia yg baca.

    BalasPadam
  2. maklong selalu je singgah blog ni..
    siap lepak2 lagi..
    belek2 manik yang cantik2 tu.. hehe..

    BalasPadam
  3. ye..maklong yg paling top skali dlm senarai..heheh..tq mak long..sayaaaang mak long

    BalasPadam
  4. pasti dkna salah seorang daripada pengunjung tersebut :D

    BalasPadam
  5. dkna..itu sudah tentu..tq yee..heheheh

    BalasPadam
  6. salam ....moga semuanya selalu dtg melawat kitakn...:)

    BalasPadam
  7. saya bru singgah sini dan akan singgah lagi...


    salam kenal dan foloooo :)

    BalasPadam
  8. Dear ms.pen biru, your english isn't that bad. Im so impressed with your English comments. hehehe..It is a good initiative anyway.

    Ish...baguihla wey..kot2 depa berkenan dgn beads hg tu, terus nk suruh hg jahitkn kt baju depa...hahah

    BalasPadam
  9. woo baru tahu sejarahnya.hehe..

    BalasPadam
  10. salam....wah mama salah seorg ker yg dtg blog pen biru ni..:)

    BalasPadam
  11. mama;yes..mama salah 1 daripadanye..heheh tq mama

    mamanoriz:welcome ye..selalu2 le jengah sini..

    cuda;heheh..hg kena ajar aku la yg tahap tinggi2 lagi tu..heheh

    puan kutu;yee..itule kisahnyee

    BalasPadam
  12. ixoraroxi..boleh2..sile..heheh

    BalasPadam

KOMEN YANG MURNI2 AJE ...

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...