Khamis, 29 September 2011

SHUFFLE ATAU ZAPIN???

Assalamualaikum.

Aku tertarik nak cerita pasal ni. Tarian Shuffle yang menjadi kegilaan remaja sekarang. Maksud Shuffle itu sendiri ialah berjalan menyeret kaki, sebab itulah bila tengok tarian ni, penarinya menyeret-nyeret kaki dan wajiblah tapak kasut diorang boleh haus dalam masa 1 hari.

Aku sedih tengok anak Melayu di Malaysia yang begitu mengagung-agungkan tarian Shuffle ni. Boleh dikatakan budak sekolah rendah pun pandai menari. Asal-usul tarian ni dari Melbourne Australia. Mula popular sekitar tahun 1980 (sama dengan umur aku). Dikatakan, tarian ini dibawa masuk ke Malaysia oleh seorang DJ yang dikenali sebagai DJ Whuut dan menubuhkan kumpulan HardStlye Republic.


Laman Rasmi Hardstyle Republic

Aku bukanlah peminat Shuffle pun tapi aku tau la jugak serba sedikit mengenai tarian ni. Aku banyak membaca tapi aku mudah lupa. (bukan lupa cuma tak ingat jer)..

Kadang-kadang aku pelik, kenapa kita tidak membudayakan tarian kita yang ada beratus jenis tarian . Sampai kadang-kadang kita sendiri tak tau wujudnya tarian tu. Dek kerana minat, akhirnya budaya luar dibawa masuk. Cuba kita tanya pada budak-budak sekolah, antara Shuffle dan Zapin, mana 1 tarian yang diorang pandai menari..8 dari 10 akan menjawab "Shuffle"..begitulah kuatnya pengaruh budaya luar kepada kita. Lama-lama Malaysia akan hilang identiti. Tak salah belajar budaya orang tapi janganlah berlebih-lebih hinggakan terlalu cekap menari Shuffle hingga nak hayun kaki untuk zapin pun terkengkang-kengkang.

Pun begitu aku memang tabik dengan usaha-usaha pihak-pihak yang sayangkan budaya kita ,dengan melatih anak-anak kecil menari tarian Melayu. Dan usaha ini banyak dilihat di negeri Johor. Tahniahlah kepada mereka yang berkenaan.

Aku bukanlah berfikiran kolot, cuma aku sayangkan budaya Melayu dan kesenian datuk nenek kita. Dan sesungguhnya aku malu nak mengaku aku anak Melayu sebab aku tak reti menari Zapin...uhuk!!..uhuk!!! uhuk!!!

6 ulasan:

  1. aku setuju dgn hg..budak2 kecik kt johor pndai menari zapin..huhu..comey2 ja depa menari..Ntahkan..shuffle la, rap la, break dance la...semua pengaruh dari barat..poco2? Aku mls dh nk menari2 nie..dulu2 time remaja rajin la jgk..lanie dgn keadaan mcmla ni, baikla p senam robik ja..hehehhe

    BalasPadam
  2. penggiat seni kena usaha lebih

    BalasPadam
  3. tiada usaha nak kenalkan tarian kita...

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum,
    hanya budaya bangsa itulah sahaja teras identiti yang menunjukkan akar umbi dan di mana kita berada.... (bukan di negara asing tapi negara sendiri)

    BalasPadam
  5. terima kasih sebab follow saya...saya pon follow balik ni...

    pasni jangan lupa jenguk blog sy ye..ada award nak kasi ni...hihih

    BalasPadam
  6. cuda:kita dulu pun minat rap jugak..tapi xde la fanatik sangat samapi tubuh kumpulan bagai

    abghani:tu la kan..kena masuk sekolah la cari pelapis

    Kancil:ada usaha tu tapi ntah le kenapa anak2 muda sekarang tak minat

    amie;walaikumsalam..kita dah kena jajah balik nampak gayanya..

    nuwairani:dont worry..tq yee

    BalasPadam

KOMEN YANG MURNI2 AJE ...

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...