Isnin, 29 Februari 2016

DISCOVER KEDAH 2016 - RUMAH SERI BANAI & RUMAH TOK SU

Assalamualaikum.

Seterusnya, kita akan melawat rumah tradisonal yang masih kukuh di tengah kepesatan Bandaraya Alor Setar. Uniknya rumah ini masih lagi dalam keadaan asal dan berada berhampiran antara 1 sama sama lain. Dan tempat kedua-dua rumah ni dinamakan Kampung Warisan.

Kedah kaya dengan struktur unik seperti ini, termasuk rumah tradisional Melayu yang berdindingkan kayu meranti atau temak dan beratapkan rumbia seperti di Kampung Warisan di sini.

Terletak berhadapan dengan Wisma Pentadbiran Negeri (Wisma Darul Aman), kampung itu menempatkan Rumah Tok Su dan Rumah Seri Banai yang menjadi lambang keunikan serta keaslian senibina tradisional Melayu.

Kedua-dua rumah ini dipercayai berusia lebih dari 80 tahun.

Kita akan melawat Rumah Seri Banai dahulu..
Mengikut cerita penjaga rumah ini, Rumah Seri Banai berasal dari Kampung Banai di daerah Kubang Pasu. Dipindahkan ke kawasan sekarang bagi menjaga keasliannya dan untuk tatapan umum.

pic credit to : siraz171.blogspot.com

Rumah ini pernah digunakan sebagai sekolah rakyat pada suatu ketika dahulu.

pic credit to : mykembara.blogspot.com

pic credit to : bisnesku.com

Kita ke rumah Tok Su yang berada berhampiran. Rumah ini berasal dari Permatang Kerat Telunjuk , Bandar Baharu yang terletak kira-kira 200km dari Alor Setar dan dinamakan sempena nama pemili asal rumah ini.

pic credit to : shinkashink0.blogspot.com

pic credit to : hasnulsaidon.blogspot.com

pic credit to : http:www.exploring-malaysia.com


Rumah Tok Su ini juga pernah dijadikan lokasi untuk mesyuarat politik dan pertemuan anggota Pergerakan Barisan Pemuda yang memperjuangkan bangsa Melayu sebelum negara mencapai kemerdekaan.

Kedua-dua rumah ini mengambil masa 4 bulan untuk dipindahkan dengan kos yang agak tinggi, namun ianya sangat berbaloi demi kelangsungan warisan. Pengurusan rumah-rumah itu kini diletakkan di bawah Lembaga Muzium Kedah dan sering juga dijadikan lokasi pengambaran filem, majalah serta dokumentari.

Idea asal untuk mengekalkan rumah itu datang daripada bekas menteri besar Kedah (1995-1999), Tan Sri Sanusi Junid yang mahu memartabatkan warisan dan mengekalkan identitinya sebagai seni bina tradisional untuk penghayatan generasi hari ini.

Kampung Warisan dibuka kepada umum sejak 2001. Dibuka setiap hari kecuali pada Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha, tiada bayaran masuk dikenakan .



"Kedah Malaysia..
where it all began"

1 ulasan:

KOMEN YANG MURNI2 AJE ...

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...