Sabtu, 13 Februari 2016

DISCOVER KEDAH 2016 - MAKAM TOK PASAI

Assalamualaikum.


Hari ini kita akan menziarah makam seorang ulama yang dikaitakan dengan Kota Kuala Kedah, iaitu Makam Tok Pasai.Beliau berasal dari Pasai Indonesia, datang ke Kuala Kedah pada 1844. Tok Pasai memiliki tubuh badan yang tegap, berakhlak mulia dan dihormati oleh penduduk setempat. 


pic credit to : artmelayu.blogspot.com

Di Indonesia beliau seorang pejuang agama dan mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi. Justeru itu beliau menjadi buruan pihak Belanda dan terpaksa berhijrah dari tempat asal sehinggalah tiba di Kuala Kedah. Kampung Tok Pasai dan Alor Tok Pasai adalah mengambil sempena nama beliau.
pic credit to : artmelayu.blogspot.com

Maka tidak hairanlah jika jambatan di Kuala Kedah juga dinamakan sempena nama Tok Pasai. Makam ini terletak berhampiran Terminal Feri Kuala Kedah , dalam kawasan parkir.

pic credit to : artmelayu.blogspot.com


Ada yang mengatakan bahawa ada seorang sultan  bernama Sultan Bendahara Raja Badi uz-Zaman ibni al-Marhum Raja Kahar iaitu Sultan Langkat , Sumatera telah datang menghadiri majlis perkahwinan di raja di Kota Kuala Kedah dalam tahun musuh bisik 1821 dan telah syahid di lautan Kuala Kedah. Kapal yang di naikki baginda telah tenggelam di bedil di Kuala Kedah, dan mayat baginda timbul semula sejurus kemudian lalu dikebumikan oleh pengikut baginda di Kuala Kedah. Makam inilah yang mana hari ini dikenali sebagai Makam Tok Pasai

*info : memori-kedah.com

"Kedah Malaysia..
where it all began"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...