Selasa, 9 Februari 2016

DISCOVER KEDAH 2016 - KOMPLEKS MASJID AL-BUKHARY

Assalamualaikum.

Kita kembali ke kawasan Bandaraya Alor Setar. Untuk hari ini kita akan melawat Kompleks Masjid Al-Bukhary. Rekabentuk masjid dan lanskap kompleks  ini sangat cantik dan lebih menarik jika dirakamkan dengan lensa kamera


pic credit to : idolhunter production


pic credit to : mymasjid.photo-digital.org

Menelan belanja RM70 juta , masjid ini dibangunkan secara berperingkat-peringkat dan siap sebenuhnya dalam tempoh 24 bulan. Kompleks ini berteraskan kepada pembangunan bersepadu, menggabungkan pelbagai ciri utama ke arah kesejahteraan hidup umat Islam dengan masjid menjadi nadi utama pusat kegiatan dan pentdabiran.
pic credit to : mymasjid.photo-digital.org

Masjid ini merupakan masjid terbesar di Kedah dengan kapasiti jemaah antara 8,000 hingga 10,000 orang pada satu-satu masa. Dibina di tengah-tengah kawasan pembangunan dengan adunan reka bentuk seni bina Islam dan tempatan serta dihiasi dengan seni taman dan pancutan air bagi menjadikannya masjid dalam taman.


pic credit to : mymasjid.photo-digital.org

Kompleks ini terletak di jalan Langgar, berhampiran Souq Al-Bukhary yang menempatkan pasaraya besar Giant. Masjid ini dibina oleh Yayasan Al-Bukhary yang ditubuhkan oleh jutawan melayu Islam yang sangat dibanggakan pencapaiannya dalam membantu ekonomi rakyat Kedah iaitu Tuan Syed Mokhtar Al-Bukhary. Tanah dan masjid asal adalah milik datuk beliau.
pic credit to : mymasjid.photo-digital.org

Selain daripada Pusat Perdagangan Souq Al-Bukhary, kompleks ini juga mempunyai Pusat Rawatan, Pusat Komuniti rumah anak-anak yatim dan warga tua serta Universiti Antarabangsa Al-Bukhary.

Singgah ke kompleks ini dan pastinya inilah tempat yang paling sesuai untuk para photographer dan peminat seni lanskap.


"Kedah Malaysia..
where it all began"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KOMEN YANG MURNI2 AJE ...

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...