Sabtu, 6 Februari 2016

DISCOVER KEDAH 2016 - ISTANA CIK SPACENDRA

Assalamualaikum.

Hari ini kita akan ke 1 lagi istana lama tinggalan kesultanan Kedah. Istana Spacendra atau Istana Sepachandra terletak di belakang Bangunan Ukir Mall (bekas stesen Bas Baru Alor Setar) melalui Jalan Istana Lama (berhampiran kawasan Menara Alor Setar)


Menurut batu penerangan yang disediakan oleh pihak Muzium, Istana ini katanya dibina oleh SULTAN ABDUL HAMID HALIM SHAH II untuk isteri pertamanya bernama CHE SEPACHANDRA dalam tahun 1882. Istana ini dibina di Kampung Baru dan turut dikenali sebagai Istana Kampung Baru. Senibina istana ini dikatakan dari pengaruh SIAM. Disini juga lahir 3 orang anak Sultan Abdul Hamid iaitu Tunku Ibrahim (Tengku Sulung), Tunku Zamzam dan Tunku Kasim (Tengku Laksmana). Istana ini akhirnya ditinggalkan kosong selepas kemangkatan Permaisuri Che Sepachendra. 

Tungku Ibrahim apabila dewasa menjadikan istana lama ini sebagai sekolah Inggeris dan diberi nama Sekolah Perempuan Kampung Baru pada tahun 1922 dan kemudiannya sekolah ini dipindahkan ke jalan langgar yang kini dikenali sebagai Sekolah Menengah Sultanah Asma. Kemudian istana ini dijadikan sekolah Rendah Tunku Abdul Halim dan juga cawangan pejabat Pendidikan Kedah dalam tahun 1954. Di belakang istana ini terdapat sebatang sungai kecil bernama SUNGAI RAJA yang mudik ke hilirnya akan menjumpai Sungai Kedah  yang menyusur terus ke KUALA KEDAH. Inilah jalan rahsia istana dahulukala. .

.




dalamdakapanibu.blogspot.com

Pun begitu, ada yang mengatakan Che Spacendra bukanlah isteri pertama Sultan Abdul Hamid. Ini kerana ada kajian yang mengatakan Che Spacendra adalah isteri ke-3. Berikut adalah senarai isteri-isteri (meninggal atau bercerai) Sultan Abdul Hamid Halim Syah II;

1. TUNKU KUTAM -sepupu dan mangkat muda
2. CIK SAMANARIT 
(SIAM) -berdarah Siam Islam
3. CHE SEPA CHANDRA (SIAM) -
 berdarah Siam Islam, mangkat pada 1907 dan dimakamkan di Tanah Perkuburan Diraja Langgar
4. CHE LARASA - digelar Che Puan Paduka Bonda
5. SHARIFAH MARIAM SYED MUHAMMAD AL-IDRUS
6. CHE SOFIAH BINTI ABDULLAH
7. CHE MANJALARA (SIAM)
8. SHARIFAH SEHA BINTI SYED HUSAIN JAMALULLAIL
9. SHARIFAH FATIMAH BINTI SYED IDRUS SHAHABUDIN

Kesemua isteri-isteri baginda yang meninggal dunia turut dimakamkan di Tanah Perkuburan Diraja Langgar. Itulah serba sedikit mengenai sejarah yang boleh dikongsikan. Kawasan istana ini berada dalam lingkungan  Medan Bandar dan berdekatan dengan tarikan pelancongan yang lain di Bandaraya Alor Setar.

*info sumber www.jejakwaris.com

"Kedah Malaysia..
where it all began"

3 ulasan:

  1. NK MNTA COPY..NAK wat kerja kh boleh x

    BalasPadam
  2. awak..nak mintak copy boleh tak? ada assignment le..heheheh

    BalasPadam

KOMEN YANG MURNI2 AJE ...

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...