Isnin, 15 Februari 2016

DISCOVER KEDAH 2016 - MEMORIAL TUNKU ABDUL RAHMAN

Assalamualaikum.
Mengimbau kembali perjuangan Perdana Menteri Pertama Malaysia, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Sebuah memorial telah dibuka secara rasmi kepada orang ramai pada 29 Ogos, 2001 oleh KDYMM Tunku Abdul Halim Mu'adzam Shah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman. 

pic credit to : www.exploring-malaysia.com


Tujuan memorial ini ditubuhkan sebagai mengenang jasa dan pengorbanan besar yang telah dicurahkn oleh YTM Tunku Abdul Rahman kepada Malaysia. Memorial ini terletak di Jalan Menteri behampiran Wisma Darulaman dan dibuka 7 hari seminggu.


pic credit to ; hidupadalahsatuanugerah.blogspot.my

Dikatakan bangunan ini merupakan milik seorang pengurus Bank Standart Charted kemudian diambil alih kerajaan Negeri Kedah untuk dijadikan  memorial dan diserahkan kepada Muzium Negeri Kedah. 

Memorial ini mempamerkan sejarah pendidikan Tunku dan perjuangan beliau demi sebuah kemerdekaan.
Bayaran Masuk
Percuma
Waktu Lawatan

Dibuka setiap hari 9.00 pagi hingga 5.00 petang
(kecuali jumaat tutup sementara 12.30 t/hari hingga 2.30 petang)
"Kedah Malaysia..

where it all began"


1 ulasan:

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...